Wang Tak DItuntut (WTD) : Ramai Tak Tahu, Rupanya Dalam IC Kita Ada Duit – Ini Cara Tebus!

Wang Tak Dituntut (WTD)

CARA MEMBUAT SEMAKAN & TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT SECARA ONLINE TAHUN 2023

Wang Tak Dituntut (WTD) – Tahukah anda jumlah wang tak dituntut (WTD) setakat Mac 2023 adalah berjumlah RM11 bilion dan akan meningkat saban tahun. Jika dahulu anda kena beratur di kaunter untuk membuat semakan, kini anda boleh menyemak secara online sahaja.

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan permohonan dan tuntuan Wang Tak Dituntut (WTD) secara online.

Wang Tak Dituntut (WTD)

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) Online

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan wtd online:

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.
  • Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
  • Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
  • Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
  • Langkah 6 : Klik “Cetak” , jika perlu.

Cara Membuat Tuntutan WTD

WTD boleh dituntut melalui tiga (3) cara iaitu:

Online

  • Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
  • Langkah 2 : Klik pada ruangan “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
  • Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”
  • Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.
  • Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”
  • Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
  • Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Wang Tak Dituntut (WTD)

Kaunter

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat yang telah dicetak secara terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

POS

Hantar permohonan lengkap dengan maklumat WTD yang telah dicetak melalui pos di alamat:

Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan semakan dan tuntutan WTD, anda boleh:

  • Menghantar emel ke Pentadbir Sistem eGUMIS di maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my
  • Juga menghubungi Call Centre di talian +603 2056 8052/53/54/55
  • Atau menghubungi pejabat di talian 03-2056 8000

Keratan Akhbar 13 April 2023

Wang Tak Dituntut (WTD)