Tuntutan Petisyen Pengeluaran KWSP 2.0 Dalam Bajet 2023 – Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir!
Sejak pandemik melanda dunia pada tahun 2020, ekonomi negara mula terjejas disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya faktor kehilangan kerja dalam kalangan masyarakat, faktor kesihatan dan banyak lagi.
Kehilangan pekerjaan menjadi faktor utama kepada krisis ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. Hal ini telah menyebabkan masyarakat mula hilang sumber pendapatan mereka.
Seperti yang sedia maklum, polisi yang diperkenalkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah hanya membenarkan pengeluaran berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan sahaja tertakluk kepada jenis pengeluaran yang diiktiraf.
Akibat daripada rentetan isu pandemik ini, pihak KWSP telah memperkenalkan pengeluaran KWSP seperti i-Lestari, i-Sinar, pengeluaran icitra disember 2022 dan Pengeluaran Khas bagi membantu masyarakat dalam melangsungkan kehidupan akibat daripada kehilangan sumber pendapatan mereka.
Pengeluaran Kwsp 2.0 Lulus atau Tidak
Kini, Malaysia berada dalam fasa pascapandemik, di mana isu kehilangan pendapatan semakin pulih.
Namun begitu, akibat peningkatan taraf hidup yang semakin tinggi, rakyat mula bersuara agar pengeluaran siri kedua diluluskan.
Berita terkini inisiatif pengeluaran wang KWSP khas 2.0 bagi membantu memulihkan ekonomi masyarakat dan menampung pendapatan masyarakat yang baru ingin bekerja semula sedang dinantikan ramai.
Walaubagaimanapun, hasrat ini masih seperti gantung tak bertali disebabkan oleh pihak Kerajaan masih mempertimbangkan hal ini.
Bagi pihak Kerajaan, jika dibenarkan ia akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara secara keseluruhannya, akan tetapi ia juga boleh memberi manfaat kepada masyarakat secara personal.
Cara Sign Petisyen KWSP 2.0 Link di Change.org
Segelintar masyarakat kita hari ini masih bergelut dengan kesusahan hidup akibat kehilangan kerja ketika pendemik melanda selama 2 tahun.
Maka, satu petisyen pengeluaran kwsp 2.0 telah diwujudkan bagi menggesa Kerajaan dan pihak KWSP supaya mendengar suara rakyat yang masih memerlukan wang caruman mereka untuk kelangsungan hidup mereka untuk bajet 2023.
Satu petition telah diadakan di laman sesawang Change.org bertujuan untuk menyuarakan suara individu-individu yang menyokong sekaligus sign petisyen kwsp2.0
Cara-cara untuk menandatangani petisyen tuntut pengeluaran di Change.org adalah seperti berikut;
- Layari laman sesawang https://www.change.org untuk tujuan menandatangani petition seperti pada Rajah di bawah atas ini
- Tekan pada butang “Search” untuk mencari sign petisyen KWSP. Hasilnya anda akan jumpa link pautan ini, https://www.change.org/p/luluskan-pengeluaran-khas-2-0-kwsp-untuk-kelangsungan-kehidupan-rakyat
- Jika anda berminat untuk menandatangani petition bagi menyokong pengeluaran sekali lagi seperti pada Rajah di bawah ini, anda hendaklah memasukkan butiran yang diinginkan seperti nama dan alamat emel.
- Kemudian, tekan pada butang “Sign this petition”.
- Akhir sekali, petition anda telah dihantar dan anda boleh terus mengemaskini informasi baru berkaitan petition anda dari semasa ke semasa.
Baca Juga:
- Bantuan Kanak-Kanak RM150 – RM1,000 Sebulan Dari JKM Malaysia
- RASMI : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia Buka Pengambilan Besar-Besaran Disember 2022
Kenapa Pengeluaran Kwsp Kedua Penting Untuk Pencarum Epf
Taraf hidup di Malaysia telah meningkat akibat krisis ekonomi yang berlaku pada hari ini.
Banyak bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam menghadapi pascapandemik ini.
Walaubagaimanapun, bantuan yang diberikan oleh kerajaan terlalu terhad sehingga ada golongan yang terkecuali dan ada juga yang mengambil kesempatan.
Ramai berpendapat bahawa pengeluaran ini wajar sebagai langkah untuk membaikpulih dan menstabilkan semula kewangan masing-masing kesan daripada pandemik yang telah melanda negara.
Oleh itu, satu petition telah diwujudkan untuk membuat tuntutan KWSP 2.0 kepada pencarum.
Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang relevan seperti dengan adanya pengeluaran ini dapat meringankan lagi beban kewangan yang dihadapi oleh pencarum pada ketika ini.
- Beban kewangan yang bertambah akibat Covid-19 menyebabkan ramai pencarum terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, ada yang terpaksa catur makanan harian dan yang paling mengerikan ada yang terpaksa bunuh diri akibat tekanan hidup.
- Statistik menunjukkan bahawa sepanjang pandemik, kes bunuh diri semakin meningkat.
- Selain itu, tuntutan pengeluaran ini penting untuk kebanyakkan pencarum kerana bagi pencarum yang baru ingin memulakan perniagaan, mereka memerlukan kepada modal.
- Akibat daripada kehilangan kerja ketika pandemik, ramai yang cuba untuk memulakan perniagaan sendiri. Banyak modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu perniagaan.
- Oleh itu, pengeluaran ini penting bagi mereka untuk menjana kembali pendapatan mereka yang telah hilang.
Cara Isi Borang Aduan Kwsp 2.0 PGIR
Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat PGIR telah mengeluarkan satu borang tuntutan aduan untuk memperjuangkan pengeluaran khas 2.0 kwsp ini.
Borang kwsp 2.0 pengeluaran khas ini tidak dikeluarkan oleh pihak KWSP secara rasmi.
Borang ini akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk meluluskan tuntutan terhadap isu ini.
Bagi pencarum yang ingin membuat tuntutan pengeluaran siri kedua ini, mereka perlu layari laman sesawang facebook Pertubuhan Inovasi Malaysia.
Seterusnya, anda boleh dapatkan borang melalui link https://docs.google.com/forms/d/e/1FA (TELAH DITUTUP) untuk mengisi borang tuntutan ini.
Kemudian, anda mestilah mengisi maklumat yang diperlukan dengan betul bagi menyokong permohonan tersebut.
Selesai isi segala maklumat yang diinginkan, tekan pada butang “Submit”.
Secara ringkasnya, begitulah cara mudah untuk mengisi borang tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 tersebut.
Kebaikan Pengeluaran Fasa Kedua & Sign Petisyen KWSP 2.0
Pengeluaran kali kedua ini memberi banyak kesan baik kepada masyarakat dan individu di mana mereka yang berminat untuk mengeluarkan wang tentu sekali mempunyai perancangan mereka tersendiri.
- Ada di antara mereka yang ingin menjadikan ianya sebagai modal perniagaan, ada yang ingin menjadikannya untuk kegunaan kecemasan, ada yang menjadikannya untuk pelaburan dan pastinya setiap orang mempunyai tujuan mereka tersendiri.
- Pengeluaran ini memberi kesan yang baik jika kita menggunakannya dengan cara yang baik.
- Ianya bukan hanya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat tetapi ianya boleh dijadikan sebagai perantaraan untuk menjana balik pendapatan yang hilang terutamanya dengan keadaan ekonomi hari ini.
Keburukan Pengeluaran Sekali Lagi Kepada Negara & Rakyat
Pengeluaran ini dilihat dapat memberi kesenangan, namun malangnya ia juga bakal menjejaskan dua pihak iaitu rakyat dan negara.
KWSP merupakan pelabur institusi tempatan yang bertanggungjawab dalam menstabilkan ekonomi negara secara global.
Caruman ahli KWSP bukan hanya tersimpan disana, tetapi ia juga digunakan sebagai medium pelaburan untuk meningkatkan ekuiti negara.
- Hal ini dapat memberi kesan negatif kepada pelaburan domestik dan pasaran modal negara. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang.
- KWSP bukan hanya melibatkan negara, tetapi juga individu. Ianya akan memberi kesan jangka masa panjang kepada pencarum jika membuat pengeluaran. Semua maklum bahawa KWSP merupakan skim simpanan caruman hasil pendapatan untuk kegunaan selepas bersara.
- Namun, jika wang tersebut dikeluarkan, ianya akan memberi kesan apabila sesorang individu itu bersara. Hal ini akan menyebabkan bertambahnya beban kewangan di usia tua.
Semoga usaha #kwsp#petisyen#pengeluarankhas berjaya direalisasikan!