Tema Sambutan Maulidur Rasul 2024 Peringkat Kebangsaan

tema sambutan maulidur rasul

TEMA & SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2024 / 1446H

Di Malaysia, cuti umum disambut di semua negeri setiap tahun pada 12 Rabiulawal, bertepatan dengan perayaan Maulidur Rasul.

Hari Maulidur Rasul merupakan hari yang sangat bererti bagi umat Islam sebagai peringatan kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW, yang sangat dikasihi.

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Selain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Program-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.

Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.

Tema & Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Setiap tahun, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan dan siaran langsung akan dapat ditonton melalui saluran televisyen dan radio utama pada hari tersebut.

Tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1445H adalah : “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”.

tema sambutan maulidur rasul

Untuk makluman, tema bagi sambutan 2023 adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani.”

tema sambutan maulidur rasul

Baca Juga:

Tarikh Cuti Maulidur Rasul 2024 Di Malaysia

CUTI MAULIDURRASUL 2024 jatuh pada tarikh berikut:

16 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)

Untuk makluman, Maulidurrasul adalah cuti umum bagi SEMUA negeri di Malaysia.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2024

Sambutan Maulidur Rasul peringkatkan kebangsaan akan berlangsung pada 16 September 2024.

Sebelum tarikh tersebut, beberapa penganjuran program lain akan berlangsung iaitu:

  • 13 – 15 September : Karnival Healing De’ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
  • 15 September : Pameran Artifak Rasulullah SAW & Selawat Perdana di Dataran Putra, Putrajaya

Satu lagi program utama yang akan berlangsung adalah Malam Cinta Rasul 2024 yang akan diadakan pada 15 September 2024 (Ahad) bertempat di Dataran Putra, Putrajaya.

Program akan bermula dengan solat Maghrib dan solat Isya’ secara berjemaah dan akan disusuli dengan pengisian program Malam Cinta Rasul.

Program Malam Cinta Rasul kali ini akan membawakan 4 orang pentausiyah iaitu:

  • Sahibus Samahah Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir (Mufti Selangor)
  • Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Sukki Bin Othman (Mufti Pulau Pinang)
  • Sahibus Samahah Datuk Haji Abdul Manap Bin Lakariba (Timbalan Mufti Sabah)
  • Tuan Habib Ali Zainal Abidin.

tema sambutan maulidur rasul

Hukum Sambutan Maulid Nabi

Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.

Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  • Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  • Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  • Menutup aurat.
  • Tiada unsur maksiat.
  • Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
  • Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

Jom Selawat Ke Atas Nabi!

Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW.

Antara selawat yang boleh dibacakan :

  • Selawat Nariyah
  • Selawat Adrikiyyah
  • Selawat ‘Azhimiyyah
  • Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
  • Selawat Jawahirul Anwar
  • Selawat Thabibi Qalbi
  • Selawat Wisal

Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul