Tarikh STR Fasa 2 2025 : Semak Status Kelayakan Penerima

Tarikh STR Fasa 2

TARIKH STR FASA 2 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Tarikh STR Fasa 2 2025 dan Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) adalah secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa yang mana fasa pertama (1) telah selesai dibayar kepada 8.3 juta penerima dan ini adalah pembayaran fasa kedua (2).

Bagaimanakah cek status kelayakan penerima bantuan STR Fasa 2? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

TARIKH TERKINI BAYARAN STR FASA 2 2025

Penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah dijangka bermula pada 3 April 2025 dan berperingkat. Namun, sekiranya terdapat perubahan tarikh penerimaan fasa kedua (2) oleh kerajaan, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh STR Fasa 2

Baca Juga:

KADAR PENERIMAAN AMAUN BANTUAN STR FASA 2 2025

Berikut merupakan kadar penerimaan amaun Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) :

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah :

  • RM150 – RM650 (Bergantung bilangan anak)

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :

  • RM100 – RM300 (Bergantung bilangan anak)

Warga Emas Tiada Pasangan :

  • RM150

Bujang :

  • RM150

*Namun, kadar amaun yang akan diterima oleh setiap penerima sedia ada dan penerima baharu adalah berbeza dan perlu disemak melalui laman rasmi STR.

CARA PENERIMAAN BANTUAN STR 2025

Cara penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini, seperti berikut :

Penerima Ada Akaun Bank :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR).

Penerima Tiada Akaun Bank :

  • Perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak).

CEK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2025

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), ikuti panduan cek status kelayakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

Tarikh STR Fasa 2

WAKTU PENERIMAAN BANTUAN

Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan ke dalam akaun bank mengikut waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam; dan
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam.

LUPA KATA LALUAN STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

  • Layari laman web STR di pautan
  • Klik “Terlupa Kata Laluan“
  • Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  • Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  • Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  • Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  • Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  • Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi dan semakan mengenai program STR.

RUJUKAN TARIKH STR FASA 2

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

SOALAN LAZIM (FAQ)

SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2025 pada November 2024 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

JAWAPAN : Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c)

SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2025 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

JAWAPAN : Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.