Tarikh Pembayaran Pencen Bulan Februari 2025

Tarikh Pembayaran Pencen Bulan Februari 2025

Terdapat beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkaitan dengan tarikh pembayaran emolumen dan pencen pesara kerajaan mulai tahun 2022.

Antara perubahan utama adalah kawalan terhadap tempoh perbezaan hari maksimum gaji, di mana emolumen kini boleh dibayar pada hari Jumaat, di samping beberapa pindaan lain yang bertujuan meningkatkan keberkesanan sistem pembayaran.

Pengenalan kepada Faedah Persaraan

Bagi pesara kerajaan, mereka layak menerima beberapa faedah persaraan utama, antaranya adalah:

  1. Ganjaran Perkhidmatan – pembayaran one-off.
  2. Pencen Perkhidmatan – pembayaran bulanan.
  3. Award Wang Tunai – gantian cuti rehat (one-off).
  4. Kad Pesara – memberikan kemudahan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma di hospital kerajaan, diskaun untuk tambang kereta api, dan banyak lagi.

Bakal pesara perlu memastikan dokumen persaraan lengkap dikemukakan ke Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) tidak lewat daripada 3 bulan sebelum tarikh persaraan bagi memastikan faedah persaraan dibayar tepat pada waktunya.

Tarikh Pembayaran Pencen

Baca Juga:

Tarikh Pembayaran Pencen 2024

Berikut adalah tarikh rasmi pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 yang telah dimuktamadkan:

  • Januari: 19.01.2024 (Jumaat)
  • Februari: 21.02.2024 (Rabu)
  • Mac: 21.03.2024 (Khamis)
  • April: 19.04.2024 (Jumaat)
  • Mei: 17.05.2024 (Jumaat)
  • Jun: 12.06.2024 (Rabu)
  • Julai: 17.07.2024 (Rabu)
  • Ogos: 21.08.2024 (Rabu)
  • September: 20.09.2024 (Jumaat)
  • Oktober: 21.10.2024 (Selasa)
  • November: 21.11.2024 (Khamis)
  • Disember: 18.12.2024 (Rabu)

Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) 2024

Bagi tahun 2025, kerajaan Malaysia terus menunjukkan komitmennya terhadap kebajikan pesara dengan meneruskan pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP).

Bantuan ini bertujuan untuk membantu pesara dan penerima pencen terbitan agar tidak terkesan dengan perubahan yang berlaku.

Pemberian bantuan ini adalah langkah proaktif kerajaan bagi memastikan pencen yang diterima oleh golongan sasaran tidak berkurang, lebih-lebih lagi selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 adalah tidak sah.

Oleh itu, undang-undang asal sebelum pindaan tersebut kini terpakai untuk penyelarasan pencen pesara.

Selain itu, dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam (MAPPA) 2024, beliau turut mengumumkan pelarasan kadar pencen pesara berdasarkan gaji akhir pesara.

Pelarasan ini dijangka dapat meningkatkan kesejahteraan golongan pesara, sekali gus memberikan lebih manfaat kepada mereka yang telah berkhidmat kepada negara.

Dengan langkah-langkah ini, kerajaan berusaha untuk memastikan bahawa pesara terus menerima sokongan yang sewajarnya bagi menikmati kehidupan yang lebih selesa selepas tamat perkhidmatan.

Beliau turut menyatakan bahawa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tidak berpencen akan menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dinaikkan daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.

Pelarasan pencen ini akan berkuat kuasa pada pembayaran bulan Disember 2024. Bagi memudahkan pesara, kalkulator pengiraan kenaikan pencen boleh didapati di laman web rasmi JPA Pencen, di mana pesara boleh menganggarkan jumlah pencen yang akan diterima selepas penyelarasan.

Pengurusan Faedah Persaraan oleh KWAP

Seiring dengan pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan, KWAP kini bertanggungjawab untuk mengambil alih fungsi pemprosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan ini, diharapkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pesara dapat dipertingkatkan.

Beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWAP termasuk:

  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan faedah persaraan.
  • Memproses bayaran faedah persaraan yang merangkumi ganjaran perkhidmatan, wang gantian cuti rehat, pencen bulanan, dan bantuan mengurus jenazah.
  • Memproses penyelarasan pencen dan potongan faedah persaraan untuk hutang kerajaan atau perintah mahkamah.

Tarikh Pembayaran Pencen

Maklumat Lanjut Tarikh Pembayaran Pencen 2025

Pesara yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tarikh pembayaran pencen 2024 atau semakan penyata pencen boleh melayari laman web rasmi JPA Pencen atau muat turun aplikasi MyPesara melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai faedah persaraan, anda boleh merujuk kepada: