Tarikh Pembayaran Bantuan BKM Tambahan RM500 ~ Semak Sekarang!

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan sebuah bantuan tunai daripada pihak kerajaan yang mana ianya lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan di dalam bajet 2022 dan akan memberikan manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas serta kepada golongan bujang.

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dilakukan secara berperingkat yang mana ianya akan melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Selain itu, pihak kerajaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.

Siapakah yang akan menerima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan akan disalurkan? Ikuti segala perkongsian di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan BKM Tambahan.

Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022

Kadar tambahan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada golongan isi rumah seperti yang berikut:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah yang berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang menepati syarat atau;
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak yang menepati syarat.

Semakan Kelayakan BKM Tambahan

Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan kelayakan BKM Tambahan:

  • Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
  • Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul
  • Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk
  • Klik semakan status untuk semak status permohonan
  • Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan

Jika tidak terdapat sebarang maklumat BKM Tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermaksud bahawa anda tidak layak untuk menerima bayaran tambahan BKM.

Tarikh Pembayaran BKM Tambahan

Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi para penerima yang layak:

  • Fasa 1 : 28 Mac 2022
  • Fasa 2 : 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Ogos)
  • Fasa 3 : September 2022
  • Fasa 4 : Disember 2022

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747