Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori

Tarikh & Jumlah Bayaran STR

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3. Bantuan STR Fasa 3 adalah sebuah inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai secara langsung kepada golongan berkelayakan menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3100.

Ini bermakna keluarga dalam kumpulan dan kategori yang layak bakal menerima sumbangan sehingga maksimum RM3100. STR akan membantu meringankan beban sara hidup dan bakal memanfaatkan kira kira 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Kadar Bayaran STR Fasa 3

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2023 yang lalu. Manakala, Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah pula dijangkakan akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi.

Berikut pula ialah jumlah pembayaran STR Fasa 3 yang akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori:

Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400
  • Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800

Baca Juga:

Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran
  • Bilangan 1 – 2 anak: RM150
  • Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200
  • Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250

Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 3: RM200

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 3: RM150

Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya

  • STR Fasa 3: RM150

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada bulan Julai merujuk kepada kalendar Kementerian Kewangan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Julai 2023

Tarikh & Jumlah Bayaran STR

  • Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Julai 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Maklumat Lanjut Tarikh & Jumlah Bayaran STR

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

Lebih banyak info terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya DI SINI.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima STR?

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

Kredit ke Akaun Bank

  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.

Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Siapakah layak terima kadar tambahan RM600 STR?

  • Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
  • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169
    berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Bagaimanakah kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR?

  • Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga

Bilakah permohonan STR akan dibuka?

Permohonan STR boleh dibuat:

  • Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  • Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023 *Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa