Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bermula 12 Ogos 2024 ini, kesemua individu penerima yang telah layak akan mendapatkan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600. Bantuan ini telah diperkenalkan di dalam Belanjawan Madani 2024, yang mana individu pemohon mempunyai lima orang anak atau tiga orang anak yang memenuhi segala syarat yang ditetapkan akan mendapat bantuan tambahan dari pihak kerajaan sebanyak RM1,200.
Melalui Belanjawan 2024 yang telah diumumkan baru-baru ini telah menyatakan bahawa bantuan akan dikreditkan kepada seramai 700,000 individu penerima yang layak dan akan menerima bayaran RM100 sebulan selama 12 bulan dengan semua wang akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima.
Kategori Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Bagi penerima isi rumah, bayaran tambahan sebanyak RM1,200 akan dikreditkan kepada individu yang bergelar sebagai miskin tegar. Manakala, bagi isi rumah miskin dan miskin tegar yang telah berdaftar dalam sistem e-Kasih atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan sebanyak RM100 sebulan selama tempoh 12 bulan di bawah program SARA dan akan layak menerima bantuan RM2,500 bergantung kepada bilangan anak mereka.
Baca Juga:
- Jawatan Terkini SPA Malaysia : Gaji RM1,500 – RM1,999
- Bantuan RM800 Dikreditkan Secara One-Off Bermula Bulan Depan
Cara Semakan Status & Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Terdapat lima kaedah semakan yang boleh digunakan untuk mengetahui kelayakan bagi bantuan SARA:
1. Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk dengan Nombor MyKad.
- Individu perlu masukkan kata laluan dan ikuti segala arahan selanjutnya untuk semakan
2. Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal MyKasih di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila masukkan nombor kad pengenalan individu pemohon untuk semakan status dan maklumat tambahan.
3. Surat Pemakluman:
Individu penerima bakal menerima surat pemberitahuan berkaitan dengan status kelayakan mereka.
4. Sistem Pesanan Ringkas (SMS):
- SMS blast bakal dihantar dan diterima oleh individu penerima yang memenuhi syarat.
5. Hubungi MyKasih, HASIL, atau MOF:
- Individu pemohon boleh terus menghubungi jabatan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Jadual Pembayaran Bantuan SARA
Segala bayaran tambahan SARA akan mula dikreditkan bermula pada 12 Ogos 2024 dengan kadar bantuan RM100 sebulan. Bayaran peringkat seterusnya akan diagihkan setiap 1 bulan bermula September 2024.
Bagi penerima di Sabah dan Sarawak, bayaran RM600 akan dikreditkan dalam dua kali pembayaran, iaitu pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.
Maklumat Lanjut Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Pemohon STR digalakkan untuk merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR untuk maklumat lebih lanjut mengenai proses permohonan dan kelayakan. Dengan pelaksanaan bantuan ini, diharapkan dapat meringankan beban kehidupan rakyat yang memerlukan, terutamanya golongan miskin tegar di negara ini.