Tarikh Bayaran MySTR Fasa 4 Akan Dikreditkan

Tarikh Bayaran MySTR

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Tarikh Bayaran MySTR Fasa 4 – Bantuan STR Fasa 4 adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.

PENERIMA BANTUAN STR FASA 4

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN MYSTR FASA 4

Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Tarikh Bayaran MySTR

JUMLAH MYSTR : BAYARAN BANTUAN STR FASA 4

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah

Tarikh Bayaran MySTR

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

SEMAKAN STATUS STR

KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

Tarikh Bayaran MySTR

MAKLUMAT LANJUT TARIKH BAYARAN MYSTR FASA 4

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/