Tarikh Bayaran BKM Fasa 3 Telah Diumumkan ~ Semak Sekarang!

BKM 2022

Makluman khas yang diterima dari LHDN, tarikh bayaran BKM Fasa 3 akan dikreditkan bermula September ini. Pengkreditan ini merangkumi beberapa kategori termasuk golongan bujang, isi rumah serta warga emas.

Pada entri kali ini kami akan berkongsi berkenaan cara melakukan semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran.

Jadual & Tarikh Bayaran BKM 2022

Fasa 1

  • Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN

Fasa 2

  • Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN

BKM Fasa 3

  • Bayaran dikreditkan bermula pernghujung Ogos atau awal September 2022

Fasa 4

  • Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022

BKM 2022

Baca Juga:

Kadar Bayaran BKM Bagi Setiap Kategori

BKM 2022

BKM 2022

Tarikh Pembayaran BKM 2022

Berikut adalah merupakan jadual yang telah dikeluarkan sendiri oleh pihak BKM Sendiri:

Namun, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa pembayaran BKM Fasa 3 bakal disalurkan bermula pada minggu kedua September 2022. Sebarang maklumat terkini berkaitan tarikh rasmi akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

Semakan Status Tarikh Bayaran BKM 2022

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:

  • Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
  • Klik Semakan Status
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Notis (LHDN)

LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my