Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan STR RM600 Diumumkan
Bantuan Tambahan STR. Berita baik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak kerajaan sudah mengeluarkan jadual bayaran untuk STR tahun ini dan STR Fasa 2 bakal dibayar April ini.
Sebelum itu, pada Belanjawan 2023 lepas Perdana Menteri turut mengumumkan bantuan tambahan STR RM 600 kepada penerima yang layak.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2023
Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang berkelayakan dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan.
Pembayaran STR telah dimulakan pada Januari dan akan diteruskan dalam beberapa bulan lagi.
Ia merupakan sebuah inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang menangani kos sara hidup yang tinggi.
JADUAL BAYARAN STR FASA 2
Untuk pengetahuan anda, melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan, jadual bayaran STR 2023 telah dipaparkan beserta jumlah bantuan yang bakal diterima.
Bagi STR Fasa 2, pembayaran akan dimulakan bermula April ini atau lebih tepat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2023 dan Fasa 2 pula pada bulan Julai.
Baca Juga:
- Bantuan Tunai RM200 Untuk Golongan Bujang Seluruh Malaysia
- Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia
JUMLAH BANTUAN STR FASA 2
Mengenai jumlah pembayaran bantuan STR Fasa 2 pula, pembayaran terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
ISI RUMAH TIADA HAD UMUR
PENDAPATAN BULANAN RM 0 – RM 2,500
- 0 Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 200
- 5 Dan Lebih Anak – RM 200
PENDAPATAN BULANAN RM 2,501 – RM 5,000
- 0 Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 200
- 5 Dan Lebih Anak RM 200
WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS
- RM 100
BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)
- RM 100
BANTUAN TAMBAHAN STR
Selain itu, Perdana Menteri turut umumkan sebuah bantuan tambahan RM 600 Sumbangan Tunai Rahmah kepada rakyat yang layak.
Penerima STR yang layak terima bantuan tambahan tersebut adalah isi rumah miskin tegar tiada had umur.
SEMAKAN STATUS STR FASA 2
Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
CARA MEMBUAT PERMOHONAN & KEMASKINI
Setakat ini pihak LHDNM tidak mengeluarkan sebarang pernyataan berkenaan permohonan yang tidak lulus dan begitu juga dengan pengemaskinian akaun. Namun begitu, kemungkinan permohonan baru atau rayuan serta kemaskini akaun akan dibuka sejurus selepas pembayaran Fasa 1 selesai.
Sama-sama kita nantikan dan kami akan memberi info dari semasa ke semasa.