Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bantuan STR Fasa 4 adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.
Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.
PENERIMA BANTUAN STR FASA 4
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.
Baca Juga:
- Bayaran STR Fasa 4 Akan Dikreditkan Tidak Lama Lagi
- Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 4 Akan Dikreditkan Diumumkan
TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 4
Menurut Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023. Pada kebiasaannya, ia akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada pertengahan bulan.
Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
BANTUAN STR FASA 4 : JADUAL & JUMLAH BAYARAN
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 4
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai Oktober 2023
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut
KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/