Sumbangan Asas Rahmah 2024 : Tarikh & Jumlah Bayaran

Sumbangan Asas Rahmah 2024

Sumbangan Asas Rahmah 2024

Sumbangan Asas Rahmah 2024 – Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah dengan lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA tambahan RM1200.

Untuk Belanjawan 2024, penerima STR yang berjumlah 700,000 orang akan mendapat bantuan RM100/bulan selama setahun. Bantuan ini akan dibayar melalui kaedah yang sama seperti sebelum ini, iaitu menggunakan MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Penerima isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar akan mendapat bantuan STR sebanyak RM1200 sebagai kadar tambahan. Kategori ini telah ditentukan melalui proses pengesahan.

Baca Juga:

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

2 kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah fasa 2 diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.

  • STR Miskin – RM1,200
  • STR Miskin Tegar – RM1,200
  • STR Isi Rumah – RM300
  • STR Bujang – RM150

Sumbangan Asas Rahmah 2024

Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  • Semakan melalui Portal MySTR
  • Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  • Surat Pemakluman
  • Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  • Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Sumbangan Asas Rahmah 2024

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) bagi tahun 2024 telah mula disalurkan bermula 01 Februari 2024 (RM100 / sebulan) manakala bayaran seterusnya mulai Mac 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Sumbangan Asas Rahmah 2024

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.