STR Isi Rumah Fasa 3 RM300 Dikreditkan Bulan Ini
PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
STR Isi Rumah. Bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan atau mengemaskini permohonan sebelum ini, semakan status kelayakan kini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR.
Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Baca Juga:
- STR Bujang Fasa 3 RM150 Dikreditkan Hari Ini
- Bayaran Bantuan STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Lebih Awal – PM
KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3 :
TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Pengumuman berkenaan bayaran Fasa 3 akan diumumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manakala jangkaan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada awal bulan Julai 2023.
SEMAKAN STATUS STR
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
KATEGORI KELAYAKAN STR ISI RUMAH
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
MAKLUMAT LANJUT PEMBAYARAN STR ISI RUMAH
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/