STR Fasa 4 : Tarikh & Jadual Bayaran RM1,200 Dikreditkan
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
STR Fasa 4 : Tarikh Bayaran – Bantuan STR Fasa 4 adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.
Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023 .
Berikut kami dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.
PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 4
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.
JADUAL & TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Baca Juga:
- Tarikh Bayaran & Jadual STR Fasa 4 Dikreditkan Mengikut Bank
- Jawatan Kosong Jabatan Kerja Raya (JKR) – GAJI RM2,000 Sebulan
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4
Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023
Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
JUMLAH STR FASA 4 : TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
SEMAKAN STATUS STR
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai Oktober 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/