STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Mengikut Bank
JADUAL BANTUAN STR FASA 3
STR Fasa 3 Mula Dikreditkan. Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Baca Juga:
- Tarikh Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima Diumumkan
- Bayaran STR Bujang Fasa 3 Dalam Proses Pengkreditan
KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3 :
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 MULA DIKREDITKAN
Pengumuman berkenaan bayaran Fasa 3 akan diumumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manakala jangkaan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada 26 Jun 2023 ini (dikreditkan secara berperingkat).
JADUAL BANTUAN STR FASA 3 DIKREDITKAN (MENGIKUT BANK)
SEMAKAN STATUS STR FASA 3
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
KATEGORI KELAYAKAN STR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
MAKLUMAT LANJUT STR FASA 3
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/