STR Fasa 3 Dikreditkan Sebelum Hari Raya Aidiladha

STR Fasa 3 Dikreditkan

STR Fasa 3 Dikreditkan Sebelum Aidiladha. KUALA LUMPUR : Lebih 8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan mendapat bayaran, sebelum Hari Raya Aidiladha.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bayaran itu melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion.

“Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 yang melebihi RM2 bilion dan bilangan penerima lapan juta itu akan disalurkan sebelum Hari Raya Haji, Insya-Allah.

“Dan juga e-Belia sebanyak RM200 melibatkan mereka yang berumur 18 hingga 21 tahun akan disalurkan sebelum sebelum minggu ketiga bulan ini,” katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Baca Juga:

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanyakan pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan dalam pendekatan serta tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan dan kebocoran wang awam selain adakah kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3:

STR Fasa 3 Dikreditkan

STR Fasa 3 Dikreditkan

STR Fasa 3 Dikreditkan

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 DIKREDITKAN

Proses bayaran STR Fasa 3 diawalkan kepada bulan Jun sebelum Hari Raya Haji.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Jun 2023 (Rasmi)

STR Fasa 3 Dikreditkan

Maklumat tambahan :

  • Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Julai 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3

Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

KATEGORI KELAYAKAN STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Sumber : https://www.buletintv3.my/