STR Fasa 3 BSN Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Hari Ini

STR Fasa 3 BSN

PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR FASA 3

STR Fasa 3 BSN. Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Baca Juga:

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3:

STR Fasa 3 BSN

STR Fasa 3 BSN

TARIKH BAYARAN STR FASA 3 BSN

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima sebelum Hari Raya Aidiladha (Jun) merujuk kepada kalendar Kementerian Kewangan.

Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Jun 2023

STR Fasa 3 BSN

Maklumat tambahan :

  • Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Julai 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN STATUS STR FASA 3 BSN

KATEGORI KELAYAKAN STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/