STR 2024 : Jumlah Bayaran Fasa 1 Mengikut Kategori
STR 2024 : Jumlah Bayaran Fasa 1 – Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Kami ingin memaklumkan bahawa anda boleh memohon untuk tahun 2024 mulai 1 November 2023. Sila pastikan anda telah menyemak status permohonan anda atau membuat permohonan baru jika belum. Sila lengkapkan borang permohonan dengan betul dan lengkap.
Kadar Bantuan MySTR 2024
Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:
Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
- RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
- RM2,000 : 3 – 4 Anak
- RM1,500 : 1 – 2 Anak
- RM1,000 : Tiada Anak
Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
- RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
- RM1,000 : 3 – 4 Anak
- RM750 : 1 – 2 Anak
- RM500 : Tiada Anak
Warga Emas Bujang
- RM600
Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)
- RM350
Baca Juga:
STR 2024 : Jadual & Kadar Bayaran Fasa 1
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR 2024 Fasa 1 adalah seperti berikut:
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)
- Tiada anak : RM500
- 1-2 anak : RM500
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak atau lebih : RM500
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)
- Tiada anak : RM100
- 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
- 5 anak atau lebih : RM300
BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150
STR 2024 : Jadual & Tarikh Bayaran Fasa 1
Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
- Fasa 2 : April 2024
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Perlu Atau Tidak Kemaskini Permohonan STR?
Masih ramai lagi pemohon yang tertanya-tanya sama ada mereka perlu mengemaskini permohonan yang telah mereka lakukan sebelum ini ataupun tidak. Berikut adalah merupakan jawapan kepada soalan tersebut:
Borang Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Borang permohonan baharu STR 2024 BK-01 [1/2024] boleh diperolehi secara percuma melalui laman portal MySTR atau boleh dapatkannya di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran.
Bagi secara online, boleh download melalui pautan rasmi berikut – klik DI SINI
Kadar Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)
Bagi tahun 2024 ini, STR telah diperkasa dengan beberapa penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Berikut adalah kategori dan kadar tambahan yang akan diterima bagi yang layak:
Amaun Bayaran Bagi Kategori Yang Layak Terima Bantuan Tambahan SARA 2024
- Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM : RM1200 (RM100 sebulan)
- Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM300
- Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM150
Penghantaran Borang Secara Manual Bantuan MySTR 2024 Fasa 1
Borang STR 2024 yang telah lengkap diisi beserta dokumen sokongan berkaitan boleh diserahkan ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL berhampiran.
Pemohon yang menghantar borang secara manual, akan diberikan keratan Akuan Penerimaan Permohonan STR seperti berikut:
Maklumat Lanjut STR 2024 : Jadual, Tarikh & Jumlah Bayaran
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui fail PDF berikut: