STR 2024 Fasa 1 : Semakan Kategori, Jumlah & Tarikh

STR 2024 Fasa 1 – Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Kami ingin memaklumkan bahawa anda boleh memohon untuk tahun 2024 mulai 1 November 2023. Sila pastikan anda telah menyemak status permohonan anda atau membuat permohonan baru jika belum. Sila lengkapkan borang permohonan dengan betul dan lengkap.

Kadar Bantuan

Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:

Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

  • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
  • RM2,000 : 3 – 4 Anak
  • RM1,500 : 1 – 2 Anak
  • RM1,000 : Tiada Anak

Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000

  • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
  • RM1,000 : 3 – 4 Anak
  • RM750 : 1 – 2 Anak
  • RM500 : Tiada Anak

Warga Emas Bujang

  • RM600

Bujang (Pendapatan kurang daripada RM2,500)

  • RM350

STR 2024 Fasa 1

Baca Juga:

Kadar Bayaran Fasa 1 STR 2024

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.

Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR 2024 Fasa 1 adalah seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM500
  • 1-2 anak : RM500
  • 3-4 anak : RM500
  • 5 anak atau lebih : RM500

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM100
  • 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
  • 5 anak atau lebih : RM300

BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150

STR 2024 Fasa 1

STR 2024 Fasa 1

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Kadar Tambahan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA)

Bagi tahun 2024 ini, STR telah diperkasa dengan beberapa penambahbaikan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Berikut adalah kategori dan kadar tambahan yang akan diterima bagi yang layak:

AMAUN BAYARAN BAGI KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN TAMBAHAN SARA 2024

  • Penerima STR berstatus MISKIN dan MISKIN TEGAR di bawah eKasih atau JKM : RM1200 (RM100 sebulan)
  • Penerima Isi Rumah STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM300
  • Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM : RM150

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/ ) atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui fail PDF berikut: