Kurma Dari Israel Yang Patut Diboikot – Senarai Penuh

Kurma Dari Israel

Kurma dari Israel? Adakah korang tahu bahawa tedapat beberapa produk kurma dari Israel  yang telah masuk ke Malaysia hari ini dan tanpa sedar dibeli serta dimakan oleh umat Islam?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada korang berkenaan dengan senarai kurma dari Israel yang patut kita elakkan.

Jenis-jenis kurma di dunia

Seperti yang semua tahu, kurma adalah salah satu dari makanan sunnah yang sangat berkhasiat dan paling banyak dicari ketika bulan Ramadhan.

Ia merupakan makanan utama bagi Baginda Rasulullah SAW kerana manfaatnya yang begitu bernilai pada kesihatan luaran dan dalaman.

Banyak hadis menyebut tentang disunnahkan bersahur dan berbuka puasa dengan kurma.

Kurma Dari Israel

Baca Juga:

Antara hadis yang menyebut tentang sahur dan berbuka puasa dengan kurma adalah “Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. – (Hadis, Sunan Abu Daud 2338).

Rasulullah SAW juga bersabda, “Apabila diantara kalian berpuasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada kurma, maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”. – (Hadis, Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim).

Seterusnya, Anas bin Malik meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW biasa berbuka puasa sebelum sembahyang maghrib dengan ruthob (kurma basah), jika tidak ada ruthob, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), dan jika tidak ada tamar, beliau meminum seteguk air”. – (Hadis, Imam Abu Daud, 2356).

Dikatakan terdapat lebih daripada 1,400 jenis kurma di seluruh dunia. Bahkan Di Arab Saudi sahaja sudah ada sekitar 400 jenis. In belum lagi termasuk Mesir, Iraq, Iran, Tunisia, Pakistan dan California dan tempat lainnya.

Antara jenis kurma adalah seperti Kurma Ajwa, Kurma Anbar, Kurma Aseela, Kurma Burhi, Kurma Dakheni, Kurma Deglet Noor, Kurma Deglet Ubend, Kurma Fankha, Gattara, Kurma Hilali, Kurma Khalas, Kurma Khodry, Kurma Majdoul, Kurma Maktoomi, Kurma Meneifi, Kurma Nabtat Ali, Kurma Nobouth Saif, Kurma Nobouth Sultan, Kurma Rushodia, Ruthana, Ruseiz, Safawi, Segae, Shagra, Sheishe, Shibibi, Sukkari, Sullaj, Wannana dan Kurma Al Barakah.

Kurma Dari Israel

Industri kurma di Israel

Mungkin ramai dari korang yang tidak tahu bahawa Israel adalah pengeluar kurma Medjual terbesar di dunia. 50 peratus kurma Israel dieksport ke Eropah, yang dijual di pasaraya utama serta kedai tempatan di seluruh benua.

Menurut Friends of Al-Aqsa (FOA), United Kingdom (UK), Belanda, Perancis, Sepanyol dan Itali antara yang mengimport buah kering dalam kuantiti banyak.

Katanya, pada 2020, UK mengimport lebih 3,000 tan kurma dari Israel bernilai AS$8.9 juta.

Senarai kurma dari Israel

Kurma Dari Israel

Berikut merupakan antara beberapa jenama kurma dari Israel yang popular di dunia:

  1. Jordan River
  2. King Solomon
  3. Tamara Barhi Dates
  4. Desert Diamond
  5. Rapunzel
  6. Bomaja
  7. Shams
  8. Delilah

Tiga daripada setiap empat kurma Medjoul berasal dari di Israel dan jangan beli Kurma Medjoul melainkan ianya daripada sumber Palestin yang disahkan seperti Zaytoun atau Yaffa.

Israel telah banyak kali ditangkap melabelkan kurma Israel yang ditanam di atas tanah yang dicuri, sebagai ‘hasil Palestin’ untuk menyasarkan umat Islam semasa Ramadan apabila jualan Medjoul melonjak sebanyak 57%.

Selain itu, kurma dari Israel juga bekerjasama dengan supermarket besar untuk memasarkan kembali kurma tersebut di bawah jenama mereka sendiri seperti:

  1. Marks & Spencer
  2. Sainsbury
  3. Tesco
  4. Asda
  5. Morrisons
  6. Waitrose

Kebanyakan tanaman kurma Israel – sehingga 80%, dieksport, terutamanya ke Eropah di mana ia mempunyai sekitar 10% bahagian pasaran.

Dua syarikat besar israel terbabit ialah Agrexco dan Hadiklaim. Agrexco milik negara Israel mengendalikan 60-70% daripada semua barangan yang dihasilkan di penempatan haramm Israel.

Kempen boikot barangan Israel

Bercakap soal keberkesanan kempen boikot barangan dari Israel, Kesatuan Perindustrian Israel mendedahkan bahawa berikutan serangan ke atas Gaza,

satu daripada lima pengeksport Israel menghadapi kesukaran menjual di luar negara akibat boikot.

Selain itu, pengerusi jawatankuasa perdagangan asing persatuan itu mendedahkan lagi bahawa 21 peratus daripada pengeksport tempatan melaporkan bahawa mereka menghadapi masalah dalam menjual barangan Israel kerana boikot anti-Israel, terutamanya dari UK dan negara-negara Scandinavia.

Ketahuilah, setiap sen yang kita belanjakan dalam syarikat perniagaan Yahudi itulah modal kepada Yahudi Zionis untuk terus membantai kanak-kanak kecil, orang tua, wanita dan nyawa yang tidak berdosa di Palestin.

Marilah kita serius dan konsisten memboikot apa sahaja produk dan perkhidmatan yang menguntungkan perniagaan Zionis yang dilaknat oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan usaha kecil kita ini akan membuahkan nusrah (kemenangan) daripadaNya.

Ayuh kita menyeru ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan untuk bersama-sama dengan kempen memboikot perniagaan Israel

dan sekutunya sebagai tanda protes kita terhadap kekejaman mereka kepada saudara seagama.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan senarai kurma dari Israel dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan rujukan yang bermanfaat.

SUMBER: Rini Ismail