Semakan Status STR Fasa 3 Telah Mula Dibuka Hari Ini
SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
Semakan Status STR Fasa 3. Menurut portal rasmi MySTR, pengagihan bayaran bagi bantuan STR Fasa 3 akan dikreditkan lebih awal.
Untuk pengetahuan anda, penerima bantuan ini yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran terlebih dahulu dan diikuti dengan penerima institusi perbankan yang lain.
Semakan STR Fasa 3 juga kini dibuka untuk semua penerima.
STR FASA 3
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2 akan menerima bayaran STR fasa seterusnya setelah pengesahan kelayakan dilakukan.
Baca Juga:
- Bayaran STR Bujang Fasa 3 RM150 Dikreditkan Hari Ini
- STR Tambahan RM600 Fasa 3 Dikreditkan Bermula Hari Ini
PROSES PEMBAYARAN STR FASA 3
Proses pembayaran bagi bantuan ini akan dikreditkan seperti berikut :
- Ada Akaun – Pengkreditan dilakukan lebih awal, secara berperingkat.
- Tiada Akaun – Penunaian akan dilakukan di cawangan BSN.
SEMAKAN STATUS STR FASA 3
Semakan STR Fasa 3 ini boleh dibuat menerusi laman web MySTR pada bila-bila masa seperti di bawah :
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN STATUS STR FASA 3
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/