Semakan Status Penerima Bayaran STR Fasa 3 Bulan Julai 2023
Semakan Status Penerima Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Bulan Julai. Bantuan STR Fasa 3 adalah sebuah inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai secara langsung kepada golongan berkelayakan menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3100.
Ini bermakna keluarga dalam kumpulan dan kategori yang layak bakal menerima sumbangan sehingga maksimum RM3100. STR akan membantu meringankan beban sara hidup dan bakal memanfaatkan kira kira 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Kadar Bayaran STR Fasa 3
Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April 2023 yang lalu. Manakala, Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah pula dijangkakan akan dikreditkan kepada yang layak tidak lama lagi.
Berikut pula ialah jumlah pembayaran STR Fasa 3 yang akan diberikan kepada yang layak mengikut kategori:
Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
- Bilangan anak 0: RM300
- Bilangan 1 – 2 kanak-kanak: RM400
- Bilangan 3 – 4 kanak-kanak: RM600
- Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM800
Baca Juga:
- e Tunai Belia Rahmah RM200 Mula Dikreditkan Bulan Ini
- STR Fasa 3 : Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Bulan Julai
Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan kanak-kanak 0: Tiada Bayaran
- Bilangan 1 – 2 anak: RM150
- Bilangan 3 – 4 orang anak: RM200
- Bilangan kanak-kanak 5 orang ke atas: RM250
Warga emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)
- STR Fasa 3: RM200
Bujang 21 – 59 tahun
- STR Fasa 3: RM150
Bujang berumur 19-59 tahun kurang upaya
- STR Fasa 3: RM150
Semakan Status Penerima Bantuan STR Fasa 3
Semakan STR Fasa 3 ini boleh dibuat menerusi laman web MySTR pada bila-bila masa seperti di bawah :
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3)
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima pada bulan Julai merujuk kepada kalendar Kementerian Kewangan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kerajaan yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berikut adalah jadual Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 mengikut hari bekerja bagi bulan Julai 2023
- Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Julai 2023.
- Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
- Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
Maklumat Lanjut Semakan Status Penerima Bantuan STR Fasa 3
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Lebih banyak info terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya DI SINI.