Semak Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Semak Tarikh

Semak Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 4

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa pembayaran bagi Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dikreditkan pada awal bulan November 2024.

Kenyataan ini dapat membantu menyenangkan rakyat yang layak dapat menerima bantuan ini. Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan memastikan kebajikan rakyat terus terjaga.

Bantuan STR Fasa 4 Tahun 2024

Sumbangan Tunai Rahmah adalah program bantuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan kurang berkemampuan, termasuk kumpulan B40 dan M40. Untuk makluman, bermula tahun 2024 bantuan ini akan diberikan secara meluas kepada rakyat Malaysia. Bantuan ini akan menyediakan bantuan kepada golongan miskin tegar dan mereka yang mempunyai pendepatan rendah. Bantuan ini diberikan bagi membantu ekonomi rakyat Malaysia bagi membantu kos sara hidup mereka.

Bayaran STR Fasa 4

Untuk makluman, bantuan STR kali ini adalah bantuan fasa akhir. Bantuan ini akan disalurkan kepada para penerima bermula pada bulan November 2024. Kenyataan bila tarikh akan diberikan akan diumumkan kepada semua para penerima oleh pihak Kementerian Kewangan.

Semak Tarikh

Baca Juga:

Tarikh bayaran STR 2024 adalah seperti yang berikut:

  • Fasa 1: 29 Januari 2024
  • Fasa 2: 3 April 2024
  • Fasa 3: 29 Ogos 2024
  • Fasa 4: November 2024 (akan dimaklumkan kemudian)

Jumlah bantuan akan disalurkan bagi Fasa 4 belum dinyatakan secara rasmi tetapi pada kebiasaannya bantuan kerajaan akan disalurkan mengikut status para pemohon dan penerima. Kesemua para penerima haruslah melakukan semakan status penerima mereka di laman web STR yang rasmi.

Kaedah & Semak Tarikh Pembayaran STR

Terdapat dua cara pengkreditan bayaran ini dilakukan oleh pihak kerajaan iaitu pengkreditan secara terus ke dalam akaun bank penerima dan para pemohon juga boleh melakukan pengeluaran secara tunai di kaunter bank BSN berhampiran dengan tempat tinggal anda. Berikut adalah merupakan cara untuk semak kelayakan dan status bayaran, anda boleh melakukan semakan di https://bantuantunai.hasil.gov.my sebelum pergi ke bank.

Objektif STR dan Impaknya Kepada Masyarakat

Untuk makluman, STR adalah merupakan salah satu daripada usaha pihak kerajaan bagi membantu meringankan beban dan membantu golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia. Melalui bantuan ini, para penerima dapat memanfaatkan bantuan tersebut dengan menggunakan wang ini untuk membeli barangan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.

Program ini juga memberikan manfaat kepada masyarakat dengan merangsang ekonomi tempatan. Apabila penerima STR membelanjakan wang bantuan mereka, ia dapat menggalakkan pertumbuhan perniagaan kecil dan sederhana di kawasan-kawasan terlibat, memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

Bantuan Tambahan: SARa dan B40

Bermula pada tahun ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan SARA agar dapat membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah. Program ini merupakan langkah strategik bagi memastikan golongan ini mendapat bantuan mencukupi sepanjang tahun. Langkah ini dilihat sangat penting dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kesimpulan Semak Tarikh STR Fasa 4

STR Fasa 4 yang dijadualkan pada November 2024 adalah fasa terakhir dalam program bantuan ini untuk tahun ini. Program STR yang dipertingkatkan dengan bantuan SARa jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat yang memerlukan tidak ketinggalan. Golongan yang layak dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status kelayakan mereka dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan mereka dapat menerima bantuan yang disalurkan.