Semak Status eKasih Online 2025 : Semakan Layak Atau Tidak Penerima Bayaran
SEMAK STATUS EKASIH ONLINE 2025 : SEMAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
Semak Status eKasih Online 2025 Melalui Pendaftaran eKasih, kategori isi rumah layak untuk menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar peruntukan yang lebih tinggi berjumlah sehingga RM2,100 setahun menerusi MyKad penerima.
Bagaimanakah semak status ekasih online 2025? Rujuk info lanjut disini.
APA ITU SISTEM EKASIH?
Sistem eKasih ialah pangkalan data keluarga miskin yang digunakan untuk merancang dan memantau program pembasmian kemiskinan di Malaysia. Melalui pendaftaran eKasih, data pendaftar akan digunakan untuk membantu kementerian dan agensi untuk menyalurkan bantuan kepada pendaftar eKasih dan melayakkan pendaftar menerima pelbagai jenis bantuan yang disediakan oleh Kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Semasa Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) 2025
- Semak Bayaran SARA 2025 (Fasa Februari) : Cek Status Layak Atau Tidak
Semak Status eKasih Online disini.
CARA LULUS SEMAK STATUS EKASIH ONLINE 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberikan secara automatik kepada penerima yang LULUS Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang BERSTATUS eKasih. Berikut merupakan langkah-langkah LULUS bantuan SARA bagi Kategori eKasih:
- Berdaftar di Sistem eKasih (Bagi kategori Miskin dan Miskin Tegar).
- Setelah LULUS eKasih, individu perlu mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kemudian, apabila LULUS dan menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan secara automatik akan disalurkan ke dalam MyKad penerima.
Rujuk Semak Status eKasih Online disini.
PANDUAN PENDAFTARAN DAN SEMAK STATUS EKASIH ONLINE 2025
Pendaftaran golongan Miskin dan Miskin Tegar di Sistem eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda.
- Selesai.
PANDUAN SEMAK STATUS PENDAFTARAN EKASIH SECARA ONLINE
Sekiranya telah berdaftar dengan PPN, Status Pendaftaran eKasih ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ boleh disemak secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
- Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
- Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH ONLINE
Jika anda merupakan PENERIMA STR & BERSTATUS EKASIH, semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
JUMLAH BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
- Isi Rumah (Ketua Keluarga) : Januari – Mac (RM100 Sebulan), April – Disember (RM200 Sebulan)
- Warga Emas Tiada Pasangan : Januari – Mac (RM100 Sebulan), April – Disember (RM150 Sebulan)
- Bujang : Januari – Mac (RM50 Sebulan), April – Disember (RM50 Sebulan)
TARIKH PEMBAYARAN DUIT BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
- Penerima Bantuan STR & Berstatus Miskin : Bermula bulan Januari sehingga bulan Disember (Selama 12 bulan)
SEMAK CARA PENYALURAN DUIT BANTUAN SARA KATEGORI EKASIH ONLINE
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
- Penerima daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – Pengagihan secara tanpa tunai kedalam MyKad penerima dan para penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih berhampiran kawasan anda.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara