Semak Bayaran SARA 2025 (Fasa Februari) : Cek Status Layak Atau Tidak

Semak Bayaran SARA 2025

SEMAK BAYARAN SARA 2025 (FASA FEBRUARI) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Semak Bayaran SARA 2025 iaitu kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan, termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu bantuan tambahan yang disediakan untuk meringankan kos sara hidup dan memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi.

Berikut adalah maklumat penuh berkaitan semak bayaran SARA 2025. Rujuk di sini.

PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif di bawah Program MyKasih hasil kerjasama dengan kerajaan, untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas.

Bantuan ini berfungsi sebagai tambahan dan lanjutan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR 2025 berdasarkan data kelulusan STR 2025, serta kepada kumpulan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih, tanpa memerlukan sebarang permohonan.

Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar.

Semak Bayaran SARA 2025 disini.

Semak Bayaran SARA 2025

 

Baca Juga:

TARIKH MASUK & SEMAK BAYARAN SARA 2025

Pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

  • Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih – Bermula Januari 2025
  • Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (Bukan eKasih) – Bermula April 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

Semak Bayaran SARA 2025 disini.

Semak Bayaran SARA 2025

SEMAK STATUS LULUS PENERIMA BANTUAN SARA

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  • Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  • Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  • Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  • Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  • Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik [Semak Status].
  • Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
  • Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  • Klik log masuk MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Semakan Status
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
  • Semakan Permohonan
  • Maklumat Pembayaran
  • Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
  • Selesai.

JUMLAH MASUK DUIT BANTUAN DAN SEMAK BAYARAN SARA 2025

Kadar bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

Kategori Penerima (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih):

  • Isi Rumah – RM1,200 (RM100 Sebulan)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1,200 (RM100 Sebulan)
  • Bujang – RM600 (RM50 Sebulan)

Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)

  • Isi Rumah – RM900 (RM100 Sebulan)
  • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450 (RM50 Sebulan)

KAEDAH PENYALURAN MASUK DUIT BANTUAN & SEMAK BAYARAN SARA 2025

Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

  • Penerima daripada Semenanjung Malaysia – Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima,
    dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
  • Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – Pengagihan melalui pengkreditan
    ke akaun bank atau penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS SARA 2025

Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:

  • Beras / Telur / Minyak masak
  • Roti / Tepung / Biskut
  • Minuman
  • Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

SOALAN LAZIM (FAQ)

SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2025 pada November 2024 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

JAWAPAN : Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c)

SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2025 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

JAWAPAN : Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.

SOALAN : Saya telah Lulus Permohonan STR 2025 bagi kategori bujang dan telah berkahwin pada April 2025. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2025 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun yang akan saya terima untuk fasa seterusnya? (bujang – kahwin)
Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

  • FASA 1 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang)
  • FASA 2 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Bujang
  • FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah)
  • FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah)