SARA 2024 : Tarikh & Semakan Status Bayaran Dikreditkan

SARA 2024 :

SARA 2024 : Tarikh & Semakan Status Bayaran Dikreditkan

Dalam Belanjawan 2024, sebanyak 700 ribu penerima Skim Tunai Rahmah (STR) akan mendapat manfaat daripada Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Mereka akan menerima sumbangan sebanyak RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Sumbangan ini bertujuan untuk membantu mereka dalam pembelian barang-barang asas di kedai runcit.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600, 2024

Dalam Belanjawan Madani 2024, isi rumah yang miskin tegar dengan tiga anak atau lima anak akan menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM1200. Ini merupakan langkah penting dalam menyokong keluarga yang memerlukan dan menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyatnya.

Manakala dalam Belanjawan 2024, bantuan ini diluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui langkah yang sama – iaitu melalui MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Baca Juga:

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah

2 kategori baharu Sumbangan Asas Rahmah fasa 2 diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasib dan JKM, dan sebagai contoh, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari serta juga layak mendapat STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak.

Bayaran Bantuan SARA 2024

SARA 2024 :

SARA 2024 : Bayaran & Semakan Status Dikreditkan

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARa), terdapat 5 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan melalui Portal MySTR
  2. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih
  3. Surat Pemakluman
  4. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
  5. Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

SARA 2024 :

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

SARA 2024 : Jadual, Semakan Tarikh & Bayaran Bantuan Dikreditkan

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir

SARA 2024 :

Tarikh Bayaran Bantuan SARA 2024 Dikreditkan

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah Fasa 2 (SARA) bagi tahun 2024 telah mula disalurkan bermula 01 Februari 2024 (RM100 / sebulan) manakala bayaran seterusnya mulai Mac 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Bagi penerima di Sabah / Sarawak, anda akan menerima bayaran RM600 / 2 kali bayaran pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

SARA 2024 :

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Maklumat Lanjut SARA 2024 : Bayaran Bantuan

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.