Rumah PPRT Tahun 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Rumah PPRT Tahun 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Permohonan bagi bantuan PPRT 2024 kini dibuka. PPRT adalah singkatan bagi Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar. Ia adalah sebuah program di bawah SPKR yang bertujuan untuk pembasmian kemiskinan luar bandar serta memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat menaik taraf kehidupan serta ekonomi keluarga yang sedia ada.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan PPRT serta cara untuk membuat permohonan.
Permohonan Rumah PPRT Tahun 2024
Tujuan utama bantuan PPRT diperkenalkan adalah untuk menaik taraf hidup dan ekonomi keluarga miskin tegar dan miskin( golongan B40) dengan membina atau membaik pulih rumah dengan cara menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat untuk didiami sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Baca Juga:
Skop Bantuan Program Rumah PPRT Tahun 2024
Bagi bantuan PPRT ini adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
1. Bina Baharu
Bantuan untuk pembinaan tempat tinggal yang baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau tempat tinggal yang didiami terlalu uzur, tidak selamat untuk diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki
2. Baik pulih
Baik pulih melibatkan 3 perkara berikut:
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikan
- Requisition(Permohonan)
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah
Penting : Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu
Kumpulan Sasar Program Rumah PPRT Tahun 2024
Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
- Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- Diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- Diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Syarat Program PPRT 2024
Setiap bantuan mempunyai syarat yang berbeza mengikut katagori. Ianya terbahagi kepada dua :
1. Bantuan Bina Baharu
Syarat Bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:
- Tidak memiliki rumah;
- Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
- Tidak ekonomik untuk dibaiki;
- Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).
2. Bantuan Baik Pulih
Syarat Bantuan Baik Pulih pula adalah :
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai tempat tinggal yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
Muat Turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah – DI SINI
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- Warga emas
- Orang kurang upaya (OKU)
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
- Permohonan perumahan PPRT 2024 adalah secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.
- Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
- Permohonan boleh dirujuk dengan Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KKDW, Pejabat KKDW Negeri atau LKW (KEJORA / KETENGAH / KESEDAR / KEDA / PERDA)
MOHON ONLINE PPRT – KLIK DI SINI
Maklumat Lanjut Permohonan Rumah PPRT Tahun 2024
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT , anda boleh layari laman web PPRT atau hubungi Pihak Berkaitan di talian 03 8000 8000
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah itu Perumahan PPRT?
PPRT diperkenalkan adalah untuk menaik taraf hidup dan ekonomi keluarga miskin tegar dan miskin(B40) dengan membina atau membaik pulih rumah dengan cara menyediakan rumah yang lebih kondusif untuk didiami dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Skop bantuan rumah PPRT 2024?
Skop bantuan PPRT terbahagi kepada dua iaitu
1. Bina baharu
2. Baik pulih.
Boleh rujuk point di atas untuk maklumat lanjut mengenai skop bantuan PPRT
Keutamaan bantuan perumahan PPRT 2024?
Keutamaan bantuan diberikan kepada:
1. Warga emas
2. Orang kurang upaya (OKU)
3. Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
4. Mangsa bencana yang berskala kecil
5. Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Untuk siapakah PPRT 2024?
1. Disahkan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih).
2. Diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.
3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.
4. Diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.