Rumah PPRT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Rumah PPRT 2024 ataupun Program Perumahan Rakyat Termiskin adalah sebuah program di bawah SPKR yang bertujuan untuk pembasmian kemiskinan luar bandar serta memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai PPRT serta cara untuk membuat permohonan.
Program Rumah PPRT 2024
Objektif utama PPRT diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga
Baca Juga:
- Jabatan Perangkaan Malaysia Ambilan Tahun 2024
- KWSP : Pengeluaran Khas Bersyarat RM3,000 Kini Dibenarkan
Skop Bantuan Program Rumah PPRT 2024
Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pohak kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
Bina Baharu
Bantuan untuk pembinaan baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki
Baik pulih
Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut:
- Penyelenggaraan
- Penambahbaikan
- Requisition
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sebuah rumah
Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu
Kadar Bantuan PPRT 2024
Kadar Bantuan Bagi Skop Bina Baharu:
Kawasan
- Semenanjung – 3 Bilik (660 kps) – RM66,000
- Sabah / Sarawak / W.P. Labuan – 3 Bilik (660 kps) – RM79,000
Kadar Bantuan Bagi Skop Baik Pulih:
Kawasan
- Semenanjung – RM15,000
- Sabah / Sarawak / W.P. Labuan RM17,000
Kumpulan Sasar PPRT
Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:
- Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
- Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
Syarat Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
Bantuan Bina Baharu
Syarat Bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:
- tidak mempunyai rumah;
- rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
- tidak ekonomik untuk dibaiki;
- memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
- pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah
- dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).
Bantuan Baik Pulih
Syarat Bantuan Baik Pulih diberikan kepada peserta yang:
- Mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
Muat Turun Borang Kebenaran Menggunakan Tanah
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- warga emas
- orang kurang upaya (OKU)
- ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
- mangsa bencana yang berskala kecil
- keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Cara Permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT
Permohonan PPRT secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap.
Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Program Perumahan Rakyat Termiskin PPRT , anda boleh layari laman web PPRT atau hubungi Pihak Berkaitan di talian 03 8000 8000