Rayuan STR 2024 : Permohonan Dibuka Untuk Status “Tidak Lulus”

Rayuan STR 2024 : Bagi mereka yang tidak lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, jangan risau kerana kerajaan membuka permohonan rayuan STR mulai 29 Januari 2024.

Ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan Bantuan Rahmah ini.

Ia juga sebagai langkah bagi memastikan program STR 2024 ini disasarkan kepada mereka yang layak.

Tarikh Rayuan STR 2024

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui Soalan Lazim (FAQ) di laman portal MySTR memaklumkan, permohonan rayuan dibuka mulai mulai 29 Januari 2024.

Ia bertujuan bagi memastikan program STR disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan STR 2024?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja

Maksud Status “Tidak Lulus”

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

Rayuan STR 2024

Pemohon yang mendapat status “TIDAK LULUS” boleh membuat permohonan semakan semula (Rayuan) dengan mengemukakan dokumen sokongan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2024 masing-masing.

Baca Juga:

Kaedah Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

Rayuan STR 2024

Cara Membuat Rayuan STR Secara Online

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Rayuan.
  • Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  • Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR.

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Membuat Permohonan Rayuan

Bagi rayuan ini, anda perlu mengemukakan beberapa dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan STR 2024.

Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2024. Rujuk Soalan 66 ​​(FAQ Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024) bagi senarai dokumen mengikut Alasan Tidak Lulus.

Antara contoh dokumen yang diperlukan adalah seperti;

  • MyKad pemohon atau pasangan,
  • MyKad atau MyKid anak,
  • Sijil lahir anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan),
  • Dokumen pengenalan pasangan,
  • Dan lain-lain lagi mengikut alasan tidak lulus masing-masing

Bila Boleh Diketahui Status Kelulusan Rayuan?

Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan, status kelulusan akan dimaklumkan selepas ini oleh Kementerian Kewangan.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  • Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  • Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah permohonan rayuan STR 2024 dibuka?

  • Mulai 29 Januari 2024 (Isnin)

Siapa yang layak membuat rayuan?

Pemohon yang layak membuat Permohonan adalah:
a) Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
b) Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Bagaimana caranya untuk membuat rayuan bantuan ini?

1. Secara dalam talian di Portal Rasmi MySTR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my/; atau
2. Penghantaran Borang Rayuan kaunter LHDNM yang berhampiran.

Adakah saya perlu memuat naik dokumen sokongan semasa membuat Permohonan Rayun STR 2024?

  • Ya. Dokumen sokongan diperlukan bergantung kepada Alasan Tidak Lulus STR 2024. Rujuk Soalan 66 (FAQ Sumbangan Tunai Rahmah STR 2024) bagi senarai dokumen mengikut Alasan Tidak Lulus.

Saya telah membuat Permohonan Rayuan STR 2024 secara dalam talian tetapi terdapat kesilapan maklumat semasa mengisi permohonan rayuan. Adakah saya masih boleh membuat kemas kini rayuan secara dalam talian?

  • Kemas kini Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat selagi permohonan rayuan masih belum diproses oleh pegawai HASiL. Sekiranya Permohonan Rayuan STR telah diproses oleh pegawai HASiL, kemas kini Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara manual di kaunter Pejabat HASiL.

Saya Tidak Lulus kerana perlu pengesahan pengenalan. (KOD ALASAN 01 / 02 / 03 ) Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR 2024?

  • Dokumen pembuktian pengenalan adalah tidak diperlukan. Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Permohonan Rayuan STR boleh dibuat secara dalam talian tanpa memuat naik atau mengemukakan sebarang dokumen sokongan.

Saya Tidak Lulus kerana perlu pengesahan pengenalan pasangan. (Kod Alasan: 05). Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan Rayuan STR 2024?
Dokumen yang perlu dikemukakan semasa Permohonan adalah seperti dibawah :

i) Dokumen Pengenalan Pasangan atau
ii) Sijil Perkahwinan / Sijil Lahir

Untuk maklumat lanjut mengenai FAQ Rayuan STR dan dokumen-dokumen yang diperlukan ketika membuat rayuan, sila rujuk;