RASMI : Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Isi Rumah
Bayaran STR Isi Rumah. Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.
Kategori Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
Berikut dikongsikan senarai penerima untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah:
Jumlah Bantuan STR Fasa 2
Mengenai jumlah pembayaran bantuan STR Fasa 2 pula, pembayaran terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
ISI RUMAH TIADA HAD UMUR
PENDAPATAN BULANAN RM 0 – RM 2,500
- 0 Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 200
- 5 Dan Lebih Anak – RM 200
PENDAPATAN BULANAN RM 2,501 – RM 5,000
- 0 Anak – RM 200
- 1-2 Anak – RM 200
- 3-4 Anak – RM 200
- 5 Dan Lebih Anak RM 200
WARGA EMAS SEBATANG KARA 60 TAHUN KE ATAS
- RM 100
BUJANG (21-59 TAHUN) & BUJANG OKU (19-59 TAHUN)
- RM 100
STR Fasa 2: Tarikh Bayaran STR Isi Rumah
Untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2, belum ada kenyataan rasmi dari pihak kerajaan Malaysia. Namun begitu, melalui belanjawan yang telah dibentangkan pada 24 Februari 2023, kerajaan telah melakukan beberapa pembaharuan bagi belanjawan 2023 dan dijangka pembayaran untuk Fasa 2 akan dikreditkan bermula April 2023.
Baca Juga:
- Bantuan Tambahan RM350 Untuk Bujang Seluruh Malaysia
- RASMI : Permohonan Baru & Kemaskini Status STR 2023 Kini Dibuka!
Proses Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
- Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
- Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN
Semakan Status Bayaran STR Isi Rumah
Semakan status STR Fasa 2 boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak
Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah termiskin mengikut data e-Kasih
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600
Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100
Maklumat Lanjut Bayaran STR Isi Rumah
Maklumat lanjut mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/