RASMI : Tarikh Bayaran Fasa 2 STR Telah Diumumkan

Tarikh Bayaran Fasa 2

Tarikh bayaran fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diumumkan oleh pihak kerajaan, pembayaran akan diagihkan pada bulan April selewat-lewatnya selesai sebelum hari raya. Untuk sedia maklum fasa kali ini akan melibatkan kategori bujang, warga emas dan isi rumah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023

Bagi makluman umum, pemberian bantuan sumbangan tunai rahmah ini adalah merupakan inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Pembayaran bantuan khas ini akan diberikan secara berperingkat melalui (4) fasa.

Kategori yang terlibat adalah bujang, isi rumah serta warga emas. Manakala bagi kadar jumlah bantuan pula, ianya diberikan pada kadar berbeza bergantung kelayakan penerima. Seperti sedia maklum, pembayaran STR fasa 1 telah selesai disalurkan pada 17 Januari lalu.

Kini proses untuk pengkreditkan fasa seterusnya telah dijalankan, kepada penerima sedia ada akan menerima kadar bayaran STR fasa 2 nanti diantara RM100 – RM200 bergantung kategori.

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN FASA 2

Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran STR fasa 2 secara kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN. Pembayaran akan dipercepatkan pada awal atau pertengahan April 2023.

Ini adalah merupakan berita gembira khususnya untuk golongan yang benar-benar memerlukan. Tarikh bayaran fasa 2 STR adalah dalam jangkaan akan bermula pada 5 – 15 April 2023. Yang pasti bayaran akan selesai disalurkan sebelum raya aidilfitri iaitu 22 April.

JUMLAH BAYARAN KESELURUHAN STR

Untuk sedia maklum, jumlah bayaran bantuan STR adalah berbeza-beza bergantung kategori kelayakan seperti dibawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)

  • RM1,000 sehingga RM2,500 (Jumlah bantuan bergantung bilangan tanggungan anak)

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)

  • RM500 sehingga RM1,250 (Jumlah bantuan bergantung bilangan tanggungan anak)

BUJANG

  • RM350

WARGA EMAS (TIADA PASANGAN)

  • RM600

BANTUAN TAMBAHAN

  • Bantuan tambahan bernilai RM600 ditawarkan kepada golongan keluarga miskin tegar. Pemberian bantuan tambahan berbentuk baucar makanan asas dan bakul makanan

CARA KEMASKINI STATUS & TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Tempoh permohonan dan pengemaskinian adalah bermula pada 1 Mac hingga 31 Mac 2023.

Berikut dikongsikan cara-cara mudah untuk membuat kemaskini status STR:

  • Pergi ke laman rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Log masuk MySTR
  • Tekan butang Kemas Kini Permohonan
  • Isi & kemaskini maklumat peribadi anda
  • Tekan Teruskan
  • Sahkan CAPTCHA
  • Sila Tick pada Perakuan Pemohon
  • Tekan Hantar

SOALAN LAZIM & PANDUAN PENGGUNA

Berikut adalah soalan lazim dan panduan pengguna bagi STR :

Semoga bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia yang sedang memerlukan bantuan disebabkan kesempitan hidup serta ekonomi yang tak menentu pada ketika ini.