Permohonan Online Rumah PPRT Tahun 2024 Kini Dibuka

Permohonan Online Rumah PPRT

Permohonan Online Rumah PPRT Tahun 2024 Kini Dibuka

PPRT, yang merupakan akronim bagi Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar, adalah inisiatif di bawah SPKR yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan luar bandar. Program ini memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat menaik taraf kehidupan serta ekonomi keluarga mereka.

Permohonan Online Rumah PPRT 2024

Kerajaan memperkenalkan program perumahan PPRT sebagai usaha untuk menaik taraf hidup dan ekonomi keluarga miskin tegar dan miskin (golongan B40). Program ini melibatkan pembinaan atau baik pulih rumah, dengan tujuan menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.

Baca Juga:

Skop Bantuan Program Rumah PPRT Tahun 2024

Lokasi PPRT terletak di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada dua kategori:

1. Bina Baharu

Bantuan untuk pembinaan rumah baharu bagi penerima yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di tempat yang uzur, tidak selamat, dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

2. Baik Pulih

Baik pulih melibatkan tiga perkara berikut:

  • Penyelenggaraan
  • Penambahbaikan
  • Permohonan (Requisition)

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas sebuah rumah. Penting untuk diingat bahawa bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan bagi pembinaan baharu.

Cara Permohonan Online Rumah PPRT Tahun 2024

  1. Permohonan perumahan PPRT 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) dan perlu diisi dengan teliti serta lengkap.
  2. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta/tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang), serta gambar rumah semasa (jika ada) sebelum menghantar permohonan.
  3. Anda juga boleh merujuk kepada Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KKDW, Pejabat KKDW Negeri, atau LKW (KEJORA / KETENGAH / KESEDAR / KEDA / PERDA).

MOHON ONLINE PPRT – KLIK DI SINI

Permohonan Online Rumah PPRT

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), anda boleh melayari laman web PPRT atau menghubungi pihak berkaitan di talian 03 8000 8000.