Permohonan Baru STR 2024 Kini Dibuka – Mohon Sekarang!

Permohonan Baru STR 2024 – Berita baik buat rakyat Malaysia, permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024), kini dibuka mulai 1 November 2024 secara atas talian (online) dan secara manual melalui penghantaran borang.

Untuk makluman, permohonan baharu dibuka bagi bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

Pada Oktober lepas, Perdana Menteri memaklumkan Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion).

Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.

Kadar minimum STR iaitu untuk golongan bujang juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Sebelum ini, bantuan ini diberi nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021), Bantuan Khas Covid19 (BKC), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Tarikh Permohonan & Bayaran STR 2024

Permohonan baharu STR 2024 boleh dibuat mulai 1 November 2023.

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza iaitu Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti jadual di bawah:

Permohonan Baru STR 2024

Baca Juga:

Semakan Status Terkini STR

Anda boleh menyemak status terkini permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Hadir ke Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  • Pejabat Satelit HASiL
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL

Siapakah Yang Layak Membuat Permohonan Baru STR 2024?

Pemohon layak memohon STR 2024 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

A. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

B. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

C. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Cara Membuat Permohonan Baru STR 2024

Terdapat 2 kaedah permohonan STR yang boleh dibuat iaitu;

Permohonan Secara Dalam Talian

Permohonan Melalui Borang

Pemohon boleh hadir ke;

  • Pejabat Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  • Pejabat Satelit HASiL
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL
  • Borang permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui laman Portal Rasmi STR berikut https://bantuantunai.hasil.gov.my

Pemohon yang berjaya membuat permohonan secara online akan dapat notis seperti berikut dalam peti mel MySTR;

Permohonan Baru STR 2024

Jadual Perkhidmatan Kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024)

Berikut adalah jadual pembukaan kaunter Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di LHDNM Negeri / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation centre (UTC) mulai 01 November 2023.

Permohonan Baru STR 2024

Nota:

  1. Lokaliti / Pejabat Satelit (PS) di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, waktu operasi Kaunter STR pada hari Khamis adalah sehingga jam 3.30 petang.
  2. Kaunter STR tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi Negeri yang terlibat) *tertakluk kepada pindaan
  3. Bagi Kaunter STR yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan di LHDNM / Pejabat Satelit (PS) berkenaan.
  4. Waktu pembukaan Kaunter STR adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan STR 2024

  • Dokumen sokongan pengesahan status perkahwinan perlu dimuat naik sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan
  • Sila pastikan dokumen yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan
  • Sila pastikan saiz fail yang dimuat naik mengikut saiz yang dibenarkan (3MB) untuk satu fail
  • Hanya tiga (3) dokumen yang dibenarkan muat naik
  • Hanya jenis fail .pdf, .png, .jpg, .jpeg yang dibenarkan

Jumlah Bayaran STR 2024

Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bil anak 0 – RM1,000
  • Bil anak 1-2 – RM1,500
  • Bil anak 3-4 – RM2,000
  • Bil anak 5 dan ke atas – RM2,500

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  • Bil anak 0 – RM500
  • Bil anak 1-2 – RM750
  • Bil anak 3-4 – RM1,000
  • Bil anak 5 dan ke atas – RM1,250

Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000

  • RM600

Bujang berumur 21-59 tahun

  • RM350

Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • RM350

Jadual Pembayaran STR 2024

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2024.

  • FASA 1 – Februari 2024
  • FASA 2- April 2024
  • FASA 3 – Ogos 2024
  • FASA 4 – November 2024

Permohonan Baru STR 2024

Maklumat Lanjut Permohonan Baru STR 2024

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform iOS
  • Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
  • Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.