Perincian Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Perincian Kadar Kenaikan Gaji

Perincian Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Dalam pengumuman pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan rancangan untuk menaikkan gaji penjawat awam 2024 yang signifikan lebih daripada 13 peratus bagi penjawat awam yang akan dijadualkan berkuat kuasa pada 1 Disember tahun ini.

Kenaikan gaji penjawat awam 2024 melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu ini, yang disertai dengan jaminan bahawa pendapatan menyeluruh gaji dan elaun tetap penjawat awam mesti lebih daripada RM2,000, dikatakan sebagai kenaikan paling baik dalam sejarah negara.

Perincian Kadar Kenaikan Gaji

Perincian Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024

Gaji Penjawat Awam naik sebanyak 15 peratus mulai 1 disember 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira buat penjawat awam yang

bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember 2024.

Sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus. Oleh itu, Kerajaan MADANI akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu dan akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.

Tambah beliau lagi, ia kenaikan paling baik dalam negara. Kewangan akan diteliti bagi melihat bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih daripada sepatutnya.

Perincian Kadar Kenaikan Gaji

Perdana Menteri Umum Perincian Kadar Kenaikan Gaji

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan

dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa juga perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata, selain itu, persepsi kononnya bilangan penjawat awam di negara ini sudah ramai perlu diperbetul kerana mereka tidak sepatutnya disekalikan dengan anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada

penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bayaran insentif ini telahpun dibuat pada Februari lalu bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Perincian Kadar Kenaikan Gaji

SUMBER : Berita Harian