Pengeluaran Simpanan KWSP RM10,000 Dibenarkan Untuk Semua
Pengeluaran Simpanan KWSP RM10000 – Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan KWSP dengan program terbaharu iaitu Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2).
FSA2 membolehkan anda untuk membuat pengeluaran KWSP minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.
Pengeluaran Simpanan KWSP RM10000
FSA2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli
Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
Baca Juga:
- SARA : Bantuan RM600 Dimasukkan Dalam MyKad Penerima STR
- Pihak KWSP Umum Berita Gembira Untuk Semua Pencarum
Amaun Kelayakan Pengeluaran Simpanan
Berikut dikongsikan amaun pengeluaran yang boleh dibuat berdasarkan simpanan Akaun 2:
Syarat Pengeluaran Simpanan
Berikut dikongsikan syarat untuk membuat pengeluaran:
- Terbuka kepada ahli yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang berkenaan)
- Warganegara Malaysia
- Permohonan adalah sekali sahaja
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
- Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam akaun 2
- Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)
Cara Membuat Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP RM10000
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:
- Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian.
- Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan.
- Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
4 Juta Pencarum Akan Mendapat Manfaat Melalui Pengeluaran Simpanan
Kemudahan ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli di bawah umur 55 tahun yang layak.
Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka antara 4% hingga 5% setahun
Kadar ini jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang lain.
Pencarum Boleh Membuat Pengeluaran Sehingga RM50,000
Jumlah pembiayaan minimum adalah sebanyak RM3,000 dan maksimum sehingga RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.
Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.
Setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam akaun 1 sebanyak RM10,000 ke bawah.
Oleh sebab itu, penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.
Maklumat Lanjut Pengeluaran Simpanan KWSP RM10000
Sebarang maklumat lanjut berkaitan FSA2 boleh diperolehi melalui saluran berikut:
- Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ ATAU
- Terus ke pautan pantas https://fsa2.kwsp.gov.my/