Pengeluaran Simpanan KWSP Melalui Akaun 1 & 2 Diluluskan!

Pengeluaran Simpanan KWSP – Bagi tujuan mengurangkan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan kewangan. Inisiatif-inisiatif ini dilaksanakan oleh Kementerian atau Jabatan yang berkenaan di peringkat Persekutuan atau Negeri, bergantung kepada bidang kuasa dan sasaran mereka.

Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan membenarkan pengeluarakan KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat pelbagai lagi faktor yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka, sama ada secara penuh, sebahagian atau jumlah tertentu.

Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP secara penuh dari Akaun 1 dan Akaun 2:

Pengeluaran Simpanan KWSP

Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 1 & Akaun 2

Usia 55 tahun

Anda boleh mengeluarkan simpanan KWSP anda dari Akaun 1 dan Akaun 2 apabila anda berumur 55 tahun. Pada usia ini, simpanan anda dalam kedua-dua akaun tersebut akan dipindahkan ke Akaun 55. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan kewangan anda selepas bersara.

Ahli seterusnya boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan mereka daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Usia 60 tahun

Untuk pencarum yang memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan disalurkan ke Akaun Emas dan ia hanya boleh dikeluarkan apabila mereka mencapai usia 60 tahun.

Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Ahli juga boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa.

Pengeluaran Simpanan KWSP

Baca Juga:

Meninggalkan Negara

Bagi pencarum yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain atau ekspatriat atau penduduk tetap (PR) atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

Hilang upaya

Sekiranya pencarum mengalami hilang upaya yang menjejaskan fizikal dan mental mereka sehingga menghalang mereka bekerja. Mereka boleh membuat pengeluaran penuh KWSP dan layak menerima sumbangan sebanyak RM5,000 bagi meringankan beban mereka.

Meninggal dunia

Jika pencarum meninggal dunia, pengeluaran simpanan mereka di KWSP boleh dibuat oleh waris. Oleh itu, pihak KWSP sangat menggalakkan supaya para ahlinya membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan pengeluaran ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui e-Pengeluaran (i-Akaun) KWSP atau melalui cawangan-cawangan KWSP terdekat.

Pembayaran itu kemudiannya akan dikreditkan ke akaun bank ahli seperti mana yang dinyatakan ketika membuat permohonan.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/mohonkerjaya

Maklumat lengkap dan permohonan i-Lindung, ia boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.