Pengeluaran Khas KWSP Diluluskan Secara Bersasar
Shah Alam: Perikatan Nasional (PN) akan mempertimbangkan pelaksanaan Pengeluaran Khas KWSP secara bersasar sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November nanti.
Kerajaan Sedia Beri Kelulusan Pengeluaran KWSP Khas
Pengerusi Parti Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan membuat pertimbangan perkara itu walaupun ia tiada dalam manifesto yang diumumkan baru-baru ini.
“Sebelum ini, kita sudah membenarkan beberapa kali pengeluaran KWSP termasuk i-Sinar dan i-Lestari.
“Untuk pelaksanaan ini secara bersasar, kita perlu melihat berapa jumlah simpanan kerana jika sudah tiada simpanan (dalam KWSP), nak keluarkan apa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi Townhall dalam Majlis Pelancaran Tawaran PN BEST sempena PRU-15 di sebuah hotel di sini, malam semalam.
Dalam majlis itu juga, Muhyiddin mengumumkan Tawaran Perikatan Nasional (PN) yang bertemakan ‘Prihatin, Bersih dan Stabil; Malaysia Gemilang’ atau PN Best yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan serta 234 tawaran.
Tetapi tahukah ada banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan pelbagai.
Pengeluaran KWSP Khas Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi
Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran wang KWSP akaun 2.
1) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
2) Pembayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.
Baca Juga:
- Bantuan Automatik RM700 Mula Dikreditkan Hari Ini
- Bantuan Tambahan RM500 Untuk Semua Rakyat Malaysia
3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.
Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.
4) Pengeluaran Wang KWSP Untuk Pendidikan
Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.
KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.