MySARA 2025 : Semakan Status & Tarikh Bayaran

mysara 2025

MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN

MySARA 2025 adalah Inisiatif Bantuan Bersasar Kerajaan Madani melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambahbaik bagi memastikan golongan memerlukan terus mendapatkan barangan keperluan harian melalui pengkreditan ke dalam MyKad penerima.

Bagaimanakah semakan status penerima mysara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

SYARAT LULUS SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA MYSARA 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

PENERIMA SEDIA ADA (0.7 JUTA PENERIMA)

  • Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  • Kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

mysara 2025

Baca Juga:

PENERIMA BAHARU (4.7 JUTA PENERIMA)

  • Bukan eKasih
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
  • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

PENGKREDITAN BANTUAN MYSARA KEPADA PENERIMA

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan – Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

mysara 2025

CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN MYSARA 2025 DALAM MYKAD

Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:

  • Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
  • Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
  • Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.

SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN MYSARA 2025 ONLINE

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  11. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.