MyLesen B2 : Program Bantuan Lesen Percuma Di Semua Negeri 2023
MyLesen B2 – Kerajaam sebelum ini telah melancarkan satu lagi program bantuan untuk orang ramai mendapatkan lesen B2 secara percuma iaitu MyLesen B2.
Program MyLesen B2 adalah sebuah program anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).
Program ini bagi membuka peluang untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.
Seramai 9,000 orang dari golongan B40 seluruh negara disasarkan akan dapat menyertai program ini.
Syarat Pendaftaran MyLesen B2
Untuk mendaftar bagi program ini, pemohon perlulah memenuhi syarat pendaftaran berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ serta PDRM
- Penerima bantuan/bawah tanggungan:
– Kumpulan B40; atau
– e-Kasih; atau
– JKM; atau
– Zakat; atau
– Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Baca Juga:
- Wang Tak Dituntut (WTD) : Ramai Tak Tahu, Rupanya Dalam IC Kita Ada Duit – Ini Cara Tebus!
- KWSP Umum Berita Gembira Untuk Semua Pencarum Yang Layak
Tempoh Latihan
Tempoh latihan yang perlu dijalani oleh peserta program ini adalah seperti berikut:
- Kursus Teori (KPP01)- 6 Jam
- Ujian Bertulis (KPP01)- 1 Jam
- Latihan Praktikal di Litar (KPP02)- 9.5 Jam
- Latihan Praktikal di Jalan Raya (KPP03)- 6 Jam
- Pra Ujian (QTI)- 30 minit
- Ujian JPJ
Tatacara Pendaftaran
Untuk mendaftar, pemohon perlu mendaftar mengikut negeri masing-masing:
i) Perak
ii) Pahang
Borang pendaftaran boleh diperolehi melalui:
- Kompleks JPJ Negeri Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang
- Pejabat Cawangan JPJ Pahang
iii) Melaka
Borang pendaftaran boleh didapati di pejabat JPJ Negeri Melaka.
Soalan Lazim
Adakah peserta akan ditawarkan pekerjaan selepas selesai mendapatkan Lesen Memandu B2?
Tidak.
Berapakan kos bayaran untuk menyertai program ini?
Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian (termasuk ulangan) adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan.
Dimanakah peserta perlu menjalani ujian memandu bagi memperoleh Lesen Memandu B2?
Peserta perlu melalui kursus, ujian, dan latihan di Institut Memandu yang ditetapkan oleh JPJ sahaja.
Apakah yang menyebabkan peserta dikeluarkan daripada menyertai program ini?
Peserta yang gagal menamatkan program dalam tempoh 3 bulan akan dikeluarkan daripada menyertai program ini.
Maklumat Lanjut Bantuan MyLesen B2
Maklumat lanjut mengenai MyLesen B2, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mylesen.html atau https://www.jpj.gov.my/.