KWSP Pertimbang Pengeluaran Bulanan Untuk Para Pencarum
KWSP Pertimbang Pengeluaran Bulanan Untuk Para Pencarum
KWSP Pertimbang Pengeluaran Bulanan. KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pertimbang menjadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum.
Yang mana penccarum mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori untuk ahli baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan.
Baca Juga:
- OPR Dijangka Naik 25 Mata Asas Kepada 3.25 Peratus
- STR Fasa 3 : Tiada Bayaran Yang Diterima Oleh Kategori Ini
Pengeluaran tersebut dilakukan secara sukarela.
Menurut beliau, ini kerana ia dilihat mampu memberikan peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.
KWSP Memberi Peluang Kepada Ahlinya Menikmati Dividen Tahunan
Dalam masa sama beliau berkata, pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.
“Kita sememangnya memberi pilihan pengeluaran kepada ahli KWSP yang sudah mencecah usia persaraan 55 tahun untuk sama ada pengeluaran penuh atau sebahagian.
“Namun, ahli yang memilih pengeluaran secara bulanan masih tidak ramai dan ini adalah ruang untuk kami perlu promosi dengan lebih lagi,”
katanya kepada pemberita semasa Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2023 pada Rabu.
Pelaksanaan Secara Mandatori Memerlukan Kajian
Bagaimanapun, Amir Hamzah berkata, pelaksanaan secara mandatori itu memerlukan kajian yang lebih teliti dan perbincangan lanjut dengan kerajaan.
“Buat masa sekarang, fokus kami menggalakkan ahli membuat tabungan di bawah skim yang ada,” ujarnya.
SUMBER: Sinar Harian