Kerajaan Beri Bantuan Kewangan RM900 Kepada Rakyat Malaysia

Kerajaan Beri Bantuan Kewangan

Kerajaan beri bantuan kewangan – Berita baik untuk rakyat Malaysia, kerajaan akan memberi bantuan kewangan sebanyak RM900 kepada isi rumah yang layak.

Bukan itu sahaja, bantuan sehingga RM1200 juga akan diberikan bergantung kepada kelayakan setiap individu.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 telah dilancarkan oleh kerajaan MADANI. Bantuan ini sehingga RM 2,500 tidak termasuk bantuan tambahan untuk isi rumah yang layak.

Pembayaran bantuan ini tentunya sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat khususnya mereka yang dilanda kegawatan ekonomi.

STR FASA 4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah bayaran terakhir untuk STR bagi tahun 2023.

Fasa 1 pada Januari kemudian Fasa 2 pada April bersamaan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kini Fasa 3 Jun lalu.

Baca Juga:

KERAJAAN BERI BANTUAN KEWANGAN KEPADA RAKYAT

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.

TARIKH PEMBAYARAN

Bayaran untuk fasa terakhir ini dijangka akan diberikan pada bulan tersebut

  • November 2023

Tetapi, masih belum ada tarikh khusus yang dikeluarkan oleh kerajaan. Perkara ini hanya berpandukan jadual yang dikeluarkan oleh jabatan kewangan.

KATEGORI KELAYAKAN STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

Kerajaan Beri Bantuan Kewangan

JUMLAH KERAJAAN BERI BANTUAN KEWANGAN

Seperti yang anda baca dalam pengenalan di atas, bayaran maksimum STR Fasa 4 untuk PENERIMA BARU ialah RM 1,200. Terdapat sedikit perbezaan dari jumlah bayaran untuk PENERIMA LAMA. Sila semak kategori anda di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH RM 0 – RM 2,500 (B40 & PADAT MISKIN)

  • Tiada anak: RM 400
  • 1-2 anak: RM 600
  • 3-4 anak: RM 900
  • Kanak-kanak 5 ke atas: RM 1,200

KATEGORI ISI RUMAH RM 2,501 – RM 5,000 (M40)

  • Tiada anak: RM 150
  • 1-2 anak: RM 200
  • 3-4 anak: RM 400
  • Kanak-kanak 5 ke atas: RM 500

WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS)

  • Terima bayaran RM 300

SINGLE DAN OKU

  • RM200

SEMAKAN STATUS STR

MAKLUMAT LANJUT KERAJAAN BERI BANTUAN KEWANGAN KEPADA RAKYAT

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/