TERKINI : Kadar OPR Naik & Kini Kekal Kepada 3.0 Peratus Sehingga Hari Ini – BNM

Kadar OPR Naik – Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan oleh BNM hari ini mengumumkan bahawa OPR telah dinaikkan ke 3.00%. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai dasar monetari di laman web BNM.

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.0%.

Ini bermaksud negara kita menyaksikan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali kelima berturut-turut tahun ini.

Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Memandangkan prospek pertumbuhan dalam negeri yang terus berdaya tahan, MPC menilai sekarang adalah masa yang tepat untuk terus mengembalikan tahap akomodasi monetari ke paras yang wajar.

Berikutan keputusan ini, MPC telah mengakhiri rangsangan monetari yang bertujuan untuk menangani krisis COVID-19 bagi menggalakkan pemulihan ekonomi.

Susulan kekukuhan ekonomi Malaysia yang berterusan, MPC juga mengakui perlunya pendirian dasar monetari yang wajar bagi mengelakkan risiko ketidakseimbangan kewangan pada masa hadapan.

Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.

MPC akan terus memastikan pendirian dasar monetari kekal konsisten dengan prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh Bank Negara Malaysia berkenaan kenaikan OPR ini.

Apa Itu OPR?

OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia.

Kenapa OPR naik?

Ia adalah langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara.

Selain untuk membendung inflasi, OPR yang naik ini secara tidak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.

Apa Akan Jadi Kalau Kadar OPR Naik Lagi?

Sebagai makluman, sejak pandemik, BNM telah menurunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak 5 kali; dari 3.25% ke 1.75% dalam tempoh 4 tahun terdahulu (boleh rujuk jadual di bawah).

Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi 2 kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi.

Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik.

Tetapi jika kadar OPR naik, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara.

Baca siri BNM Kongsi tentang cara OPR mempengaruhi pertumbuhan.

Jika nak tahu lebih lanjut mengenai dasar monetari termasuk OPR, baca Soalan Lazim di bnm.gov.my/mp-faq

OPR Naik : Bagaimana Ia Mempengaruhi Pertumbuhan Ekonomi

Seperti bank-bank pusat lain di seluruh dunia, BNM menaikkan OPR bagi menguruskan risiko kenaikan harga.

Baca Juga:

Menurut BNM, apabila ekonomi lemah (semasa COVID-19), OPR telah diturunkan untuk menggalakkan perbelanjaan dan pelaburan.

Melalui OPR yang rendah, anda akan mendapat:

  1. Pinjaman lebih murah
  2. Kadar deposit lebih rendah

Tindakan mengekalkan OPR terlalu rendah terlalu lama boleh mengakibatkan perbelanjaan dan pinjaman yang berlebihan yang menjejaskan kenaikan harga.

Ini terumatamanya menjejaskan isi rumah berpendapatan rendah.

Kadar OPR Naik

Apabila ekonomi semakin pulih, BNM sedang melaraskan kadar OPR secara beransur-ansur dan terkawal.

Bank pusat lain juga telah menaikkan kadar mereka tetapi pada kadar yang lebih besar dan lebih cepat.

Kadar OPR Naik

OPR yang lebih tinggi membantu untuk mengawal risiko kenaikan harga yang disebabkan oleh pinjaman dan perbelanjaan yang terlalu banyak.

Kenaikan OPR tidak menggalakkan perbelanjaan apabila kos pinjaman lebih tinggi (untuk pinjaman kadar terapung sahaja).

Kenaik OPR turut menggalakkan simpanan dengan kadar deposit yang lebih tinggi.

Kadar OPR Naik

Walaupun kesan perubahan OPR lebih cepat kelihatan dalam pasaran kewangan, kesan terhadap ekonomi secara lebih meluas akan mengambil masa.

Kesan ini ibarah memperlahankan sebuah lori yang laju dengan menekan brek daripada awal secara perlahan-lahan.

Ia akan mengambil sedikit masa untuk lori diperlahankan kepada kelajuan yang lebih selamat.

Kadar OPR Naik

SUMBER : Bank Negara Malaysia