Kadar Bantuan Keluarga Malaysia Tahun 2023
Bantuan Keluarga Malaysia 2023 > RM2,500 (Lebih Lima Orang Anak)
KUALA LUMPUR: Bermula tahun hadapan isi rumah berpendapatan RM2,500 atau kurang atau menanggung lima anak layak menerima banyuan RM2,500.
Ia bantuan tunai langsung di bawah Bantuan Keluarga Malaysia disediakan kerajaan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan demikian dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat di sini, hari ini. Sumber : Harian Metro
Baca Juga:
Bantuan Keluarga Malaysia 2023 > RM2,000 (3 Orang Anak Atau Lebih)
Selain itu, pihak erajaan juga akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan iaitu bantuan sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500 sebulan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
Beliau berkata demikian ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.
Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang
Bagi golongan warga emas dan bujang pula akan menerima bantuan sebanyak RM350 – RM600 (bergatung pendapatan).
Bantuan Ibu / Bapa Tunggal Tahun 2023
Bagi golongan ibu atau bapa tunggal pula, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan kepada RM3,000 berbanding RM2,500 yang diberikan sebelum ini. Kadar kenaikan tambahan sebanyak RM500.