Jadual & Tarikh STR Fasa 3 2024 Dikreditkan

Jadual & Tarikh STR

Jadual & Tarikh STR Fasa 3 2024 Dikreditkan

Umum mengetahui, semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal MySTR.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.

Jadual & Tarikh STR

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 3

Tarikh bayaran STR Fasa Tiga adalah mulai 29 Ogos 2024 seperti yang telah diumumkan oleh Pihak Kementerian Kewangan Malaysia baru-baru ini.

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :

  • Fasa 1 : 29 Januari 2024
  • Fasa 2 : 3 April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Jadual & Tarikh STR

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Semakan Status & Tarikh Bayaran STR Diawalkan

Jumlah bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan bermula 29 Ogos 2024. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank
  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Semakan Status, Jadual & Tarikh STR Dikreditkan

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik lok masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Jadual & Tarikh STR

Sementara itu, Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu siaran media menasihatkan orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya mangsa melalui talian palsu STR.

Berikut dikongsikan siaran media penuh MOF:

Jadual & Tarikh STR

Maklumat Lanjut Jadual & Tarikh STR Dikreditkan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :