Jadual Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Penerima

Jadual Bayaran STR Fasa

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

Jadual Bayaran STR Fasa 3 — Bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan atau mengemaskini permohonan sebelum ini, semakan status kelayakan kini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR.

Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Selain itu, pendaftaran program e-Tunai Belia Rahmah akan bermula pada 26 Jun 2023.

Baca Juga:

KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3 :

Jadual Bayaran STR Fasa

Jadual Bayaran STR Fasa

STR FASA 3 : TARIKH BAYARAN MENGIKUT BANK PENERIMA

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima sebelum Hari Raya Aidiladha merujuk kepada kalendar Kementerian Kewangan yang mana berkemungkinan besar STR Fasa 3 akan mula dikreditkan pada 26 Jun 2023 ini.

Maklumat tambahan :

  • Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Jun 2023.
  • Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
  • Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

SEMAKAN TARIKH BAYARAN & JADUAL BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3

KATEGORI KELAYAKAN STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 3 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT JADUAL BAYARAN STR FASA 3

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Lebih banyak info terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya DI SINI.