Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun Hadapan

Gaji Pekerja Dinaikkan

Gaji Pekerja Dinaikkan – KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi bayangan akan mengumumkan peningkatan gaji penjawat awam dan elaun pesara bermula tahun 2024, selari usaha kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara.

Menteri Komunikasi dan Digital yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah menyemak perkara itu dan menjelang tahun depan, ia dijangka akan direalisasikan.

Gaji Pekerja Dinaikkan Bermula Tahun Hadapan

“Memang sebelum ini ada beberapa keputusan sudah diambil. Saya serahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali atau Perdana Menteri sendiri untuk mengumumkannya nanti.

“Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sudah meluluskan kertas putih cadangan Dasar Gaji Progresif sebagai usaha meningkatkan pendapatan pekerja di sektor swasta,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Forum Alumni Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), di sini, hari ini.

Ekonomi Mula Rancak Dengan Pelbagai Pelaburan

Fahmi berkata, dua perkara itu penting memandangkan tahun hadapan adalah tempoh penting di mana ekonomi mula rancak dengan pelbagai pelaburan.

“Jadi banyak kerja-kerja yang akan bermula dan cabarannya pasti ada untuk memastikan pelaksanaan tidak terencat atau tergendala akibat proses,” katanya.

Menyentuh mengenai dakwaan kecekapan penjawat awam semakin berkurangan, beliau menafikan perkara itu memandangkan pelbagai isu boleh timbul

antaranya beberapa sistem tertentu perlu dinaik taraf bagi mengelakkan perkara itu berlaku.

Gaji Pekerja Dinaikkan

Baca Juga:

“Dalam masa yang sama, kadang-kadang isu bajet dan masa juga boleh berlaku, jadi individu yang bertanggungjawab perlu meluangkan sedikit masa untuk memahami di mana kecekapan dan intervensi boleh diperbaiki.

“Sebagai contoh di kementerian saya juga pernah berlaku di mana projek tidak berjalan dengan lancer hingga menimbulkan persepsi buruk, tetapi sebenarnya sistem pemantauan perlu dipertingkatkan,” katanya.

Belanjawan 2024 : Gaji Dinaikkan RM300 – Mohon Cuepacs

Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata kenaikan gaji itu perlu diberikan.

Ianya bertujuan bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.

Sambil menunggu Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada 2025.

Gaji Pekerja Dinaikkan

“Kenaikan gaji sebanyak RM300 ini juga boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay)”

“serta memberi kelegaan kepada penjawat awam sementara menunggu tempoh sistem saraan baharu dilaksanakan pada 2025,” katanya dalam kenyataan tempoh ini.

Gaji Dinaikkan Bagi Meningkatkan Motivasi Penjawat Awam

Adnan berkata Cuepacs memahami kekangan kerajaan, tetapi pada masa sama penjawat awam juga perlu ihsan daripada kerajaan bagi meningkatkan motivasi dalam pekerjaan.

Pada pembentangan belanjawan itu, Cuepacs turut memohon diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam.

Dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang bakal diterima penjawat awam.

“Ketika ini, pengiraan pencen penjawat awam adalah terhad kepada terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan.

“Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun dan ke atas, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus dari gaji pokok akhir atau 3/5 daripada gaji pokok akhir.

Situasi ini akan mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih daripada 30 tahun

tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan mereka,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN & BERNAMA