ENAM Makanan Popular & Paling Laris Di Bazar Ramadhan

Enam Makanan Popular

ENAM makanan popular di Bazar Ramadhan. Seperti yang anda tahu, bazar Ramadhan adalah merupakan destinasi popular untuk semua penggemar makanan, sama ada mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada lain. Melihat ramai pelanggan berkumpul dan berpeluh dalam mencari makanan lazat sempena bulan Ramadhan bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Daripada yang klasik hinggalah ke hidangan baru, pastinya ada makanan untuk anda semua! Inilah di antara juadah berbuka puasa paling popular di bazar Ramadhan.

1. Kepak Ayam Bakar, Makanan Yang Harum & Berwarna Merah Menyala…

Suatu pemandangan yang pastinya ikonik adalah melihat deretan kepak ayam panggang berwarna merah menyala di bazar Ramadhan. Baunya yang harum merebak ke udara akibat minyak yang menitik ke atas bara arang di bawah pemanggang, mampu menggoda selera. Makanan yang ringkas ini membuka peluang untuk tukang masak menyediakannya dalam pelbagai cara yang kreatif untuk menarik pelanggan anda. Tidak hairanlah kepak ayam menjadi antara hidangan paling popular sempena bulan Ramadhan.

Enam Makanan Popular

Baca Juga:

2. Ayam Percik, antara Enam Makanan Popular Di Bazar Ramadhan…

Belum pun anda masuk lagi kat kawasan bazar, Mesti anda dah ternampak asap berkepul-kepul kan? Haa, itulah tempat orang menjual Ayam Percik! Ayam percik ni memang ramai yang beratur untuk beli. Mana tidaknya, dia punya bau sahaja pun dah cukup membuatkan kita terliur dan tak sabar untuk berbuka.

3. Kuih Yang Ramai Orang Cari iaitu Tepung Pelita…

Haa, pergi la kemana-mana bazar ramadhan pun, pasti anda akan nampak ramai orang beratur untuk membeli kuih Tepung Pelita ini. Tapi, memang tak dapat dinafikan rasa Tepung Pelita yang sangat sedap dengan teksturnya yang lembut dan cair dalam mulut sebab itulah ia menjadi kuih paling digemari sepanjang Ramadan. Tepung Pelita dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.

Enam Makanan Popular

4. Murtabak, Enam Makanan Popular Yang Ramai Cari…

Murtabak daging dan ayam adalah antara makanan yang sangat popular semasa bulan Ramadan. Selalunya kita akan makan dengan kuah bawang cuka dan kuah kari yang pekat memikat. Tambah pula, murtabak zaman sekarang ini diberikan banyak rasa tambahan, contohnya tambah cheese fuhh lagi bertambah sedap untuk dimakan!

5. Roti John

Walaupun Roti John senang dan boleh dibuat dirumah, tapi ramai yang suka untuk membeli roti john di bazar Ramadhan kerana ia boleh didapati dalam roti yang bersaiz panjang. Bukan tu je, Roti John juga akan disediakan dalam beberapa ramuan berbeza dan yang paling menjadi kegemaran ramai semestinya lah roti john ayam yang ditambah cheese! Memang nikmat inti ayam bersalut telur, mayonis, sos cili dan sos blackpepper ini terasa selepas mengigitnya!

Enam Makanan Popular

6. Nasi Tomato & Ayam Masak Merah antara Enam Makanan Popular Yang Wajib Orang Beli…

Kalau anda ke bazar dan tak beli nasi mesti rasa tak lengkap kan? Di bazar Ramadhan, memang ramai peniaga yang menjual nasi dan memang tak sah kalau anda tak beli Nasi Tomato & Ayam Masak Merah kerana juadah ini antara juadah yang simple tapi sangat diminati ramai orang.

Tak Salah Nak Belanja, Tapi Jangan Sampai Membazir Tau…

Seperti kebiasaannya, kat bazar ni memang kita akan rasa nak beli jer semua makanan yang ada tapi pastikan anda belilah secara berpatutan dan elakkan pembaziran yer.

SUMBER: HelloDoktor