eMADANI MAE : Ramai Yang Mengadu Tidak Dapat Tebus? Ini Jalan Penyenyelesaiannya!
eMADANI MAE – Maybank kini memaklumkan kredit eMADANI RM100 di aplikasi MAE sudah boleh digunakan. Namun, timbul pula isu pemohon yang membuat tuntutan melalui MAE gagal menggunakan kredit tersebut untuk melakukan pembayaran di pasar raya, kedai runcit dan sebagainya.
Sehingga kini, belum ada penjelasan rasmi daripada pihak Maybank berhubung perkara ini atau cara yang tepat untuk menggunakan bantuan kredit ini.
Dalam perkembangan terbaharu, pengguna MAE disarankan untuk menangguhkan dahulu pembayaran menggunakan kredit eMADANI di aplikasi itu. Berikut disediakan beberapa info berkaitan MAE eMadani.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji (LTH) Ambilan Tahun 2023
- MySTR 2024 Fasa 1 : Semakan Status & Tarikh Bayaran
MASALAH EMADANI MAE TIDAK DAPAT DIGUNAKAN
Seperti diketahui, kredit bantuan RM100 telah pun boleh dituntut bermula 4 Disember 2023. Bagi permohonan yang berjaya, rata-ratanya sudah mula ingin menggunakan kredit tersebut untuk membuat pembelian tertentu.
Namun, timbul pula isu pemohon yang membuat tuntutan melalui MAE gagal menggunakan kredit tersebut untuk melakukan pembayaran di pasar raya, kedai runcit dan sebagainya.
Maybank kini memaklumkan bantuan kredit di aplikasi MAE sudah boleh digunakan. Namun, pastikan toggle eMADANI tersedia sebelum pembayaran dibuat, bagi mengelakkan pembayaran ditolak pada baki MAE Wallet.
Dalam perkembangan terbaharu, pengguna MAE disarankan untuk menangguhkan dahulu pembayaran menggunakan kredit tersebut di aplikasi itu.
Akan tetapi, disediakan penyelesaian sementara untuk menggunakan bantuan kredit ini di aplikasi MAE, sekurang- kurangnya sehingga artikel ini ditulis.
CARA LAIN UNTUK MENGGUNAKAN eMADANI MAE
Seperti diketahui, kredit RM100 eMADANI telah pun boleh dituntut bermula 4 Disember 2023. Bagi permohonan yang berjaya, rata-ratanya sudah mula ingin menggunakan kredit tersebut untuk membuat pembelian tertentu.
Tidak seperti TNG eWallet yang boleh digunakan secara ‘direct’, diperhatikan ketika ini penggunaan eMADANI di aplikasi MAE berfungsi seperti ‘cashback’.
Bermakna, MAE Wallet perlu mempunyai baki sekurang-kurangnya nilai yang ingin dibelanjakan. Lebih mudah, pindahkan RM100 daripada akaun utama atau mana- mana akaun ke MAE Wallet.
Setelah itu, anda boleh melakukan pembayaran dengan klik ikon “eMADANI” dan “Use eMADANI“. Pembayaran yang dibuat akan ditolak daripada kredit eMADANI.
Dalam erti kata lain, pastikan setiap transaksi yang ingin menggunakan bantuan kredit ini tidak melebihi baki yang tersedia dalam MAE Wallet.
Sebagai contoh, jika mahu membuat pembayaran sebanyak RM51 menggunakan kredit eMADANI, MAE Wallet juga perlu mempunyai baki yang tidak kurang daripada itu.
Setelah pembayaran dibuat, ia akan ditolak daripada bantuan kredit ini. Sementara baki MAE Wallet tidak terjejas dan akan dikekalkan seperti sebelumnya.
Bagi yang mempunyai akaun Maybank, tetapkan MAE Wallet sebagai “Primary Account” terlebih dahulu. Ianya boleh dilakukan di halaman utama dengan klik pada “View All Account” > pilih akaun MAE Wallet dan “Set as Primary” di bahagian “Manage”.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan bantuan ini, berikut merupakan butiran yang boleh dihubungi:
- MAE: 1300-88-6688 atau emel ke [email protected]
- Setel: Emel ke [email protected]
- ShopeePay: +603-2777 9222
- Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888
SUMBER : WISER