E-Pengeluaran KWSP Boleh Dilakukan Pada Bila-Bila Masa Sahaja
E-Pengeluaran KWSP. Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.
Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.
Akan tetapi, sebenarnya terdapat sebuah lagi kemudahan di bawah KWSP iaitu e-Pengeluaran.
Yang mana ianya membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran sebahagian simpanan secara atas talian.
Ini adalah perkara-perkara yang membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP sebelum usia 55 tahun:
E-Pengeluaran KWSP Untuk Membina Rumah
Bagi yang hendak membina rumah, ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 merek. Antara syarat-syarat utamanya adalah mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan berumur bawah 55 tahun.
Membeli Rumah
Bagi yang hendak membeli rumah, KWSP membenarkan ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan membiayai pembelian rumah. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
Baca Juga:
- Tarikh Permohonan Rayuan STR Dibuka Mulai 3 Julai 2023
- STR Fasa 3 Mula Dikreditkan Secara Berperingkat Mengikut Bank
Membiayai Pendidikan
Pihak KWSP turut membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
Perbelanjaan Kesihatan
Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal.
Atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
Menunaikan Haji
Bagi para ahli yang beragama Islam, pengeluaran dari Akaun 2 adalah dibenarkan untuk tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.
E-Pengeluaran KWSP
Kepada setiap ahli KWSP, mereka layak mendaftar di bawah i-Akaun iaitu sistem secara atas talian (online) bagi berurusan dengan badan simpanan kewangan ini.
Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian.
Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI.
Manakala tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI.